“S4ya Pura-Pura Okey Ketik4 Bekerja Di At4s Pentas” – Anak Nabila Huda Terk4ndas Banjir

Pelakon, Nabila Huda mengakui hatinya tidak tenteram dan risau kerana anaknya, Keisha terkandas di rumah neneknya akibat banjir.

Nabila atau nama lengkapnya Nabila Huda Suhaimi, yang sedang mengendalikan acara Anugerah Drama Sangat terpaksa berpura-pura ketika bekerja walaupun sangat bimbang dengan keselamatan anaknya.

Menerusi InstaStory, pelakon drama Diva Popular itu memaklumkan perkara tersebut selain memberitahu, kediaman neneknya juga sudah dinaiki air paras lutut.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

Perkara paling susah dalam karier saya adalah saya perlu berpura-pura okey ketika bekerja, di atas pentas, senyum dan ketawa tapi dalam hati, jiwa tengah memberontak.

Bagaimanapun, Nabila, 37, bersikap profesional dengan menjanjikan hasil kerja terbaik selaku pengacara Anugerah Drama Sangat bersama rakan pelakon, Ain Edruce.

Risau yang teramat sebab Keisha terkandas di rumah nenek dia yang banjir. Rumah nenek saya juga sudah naik sampai paras lutut.

Walaupun dalam emosi tak stabil, penuh kerisauan, hati risau, persembahan tetap perlu diteruskan.

Terdahulu, beberapa kawasan di Lembah Klang mula dinaiki air selepas hujan lebat tanpa henti di beberapa kawasan iaitu Telok Gong, Pandamaran dan Kampung Sungai Pinang.

Sumber : Kosmo

About admin

Check Also

“An4k Kata Nak Balik Terus..”- Ayah Seb4k, Dedah Kata2 Akhir Arwh, Rupanya Dah Beri

  Rentetan insiden membabitkan lima sekawan pada awal pagi tadi, bapa kepada salah seorang pelajar …

Leave a Reply

Your email address will not be published.