“Saya Terus Red4h Air Banjir Deng4n ‘Heels’ Kelu4r D4ri Situ” – Misha Omar

Penyanyi popular, Misha Omar berdepan detik cemas dan mendebarkan selepas terkandas dalam bencana banjir.

Misha atau nama sebenarnya Samihah @ Aisah binti Omar, menceritakan kejadian tersebut dilaluinya selepas membuat persembahan pada malam kemuncak Anugerah Drama Sangat (ADS) 2021 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC).

Menurutnya, dia dan kakaknya yang merupakan pengurus dimaklumkan air banjir sudah mula memasuki dan melimpahi kawasan parkir WTC hingga ke paras buku lali.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Misha Omar (@mishaomar)

Tanpa fikir panjang dan dalam keadaan serba kelam kabut, saya terus redah dan harung air banjir dengan heels sampai ke kereta dan segera keluar dari situ.

Penyanyi lagu Tanpa Rela itu menjelaskan dia dan keluarga sebenarnya merancang untuk bermalam di hotel berhampiran.

Tapi dapat maklumat air banjir mula naik di sekitar WTC, terus tak jadi dan fikir nak selamatkan nyawa serta cepat-cepat keluar dari situ saja.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Misha Omar (@mishaomar)

Misha yang ditemani suami serta anak lelakinya sekali lagi diuji apabila terkandas di hadapan pusat beli belah Sogo akibat air dari sungai berdekatan melimpah keluar ke atas jalan.

Terdahulu, siaran langsung Anugerah Drama Sangat 2021 (ADS2021) terpaksa dihentikan dan ditangguh serta merta berikutan bencana banjir yang semakin memburuk di sekitar Lembah Klang.

Sumber : Kosmo

About admin

Check Also

[VIDEO]”Happy Birthd4y Dzakira Talita Zahra…” Ucapan Hari Lahir Bu4t Talita Buat Ramai Tersentuh

  Semalam merupakan hari ulang tahun anak kedua seorang pelawak, pelakon, pengacara, penyanyi dan penyampai …

Leave a Reply

Your email address will not be published.