“Cukup Mesra Bu4t Lebih Dekat” An4k Menantu PM Besar H4ti Turun Padang Bantu Mangs4 Banjir

Trage.di banjir yang melanda sebahagian negeri dalam Malaysia sejak beberapa hari lalu ternyata mervntun hati kita semua.

Disebalik air mata dan tangis4n, terselit sedikit sinar pada wajah mangsa-mangsa banjir dengan kunjungan orang ramai yang seikhlas hati menghulurkan bantuan.

Tidak terkecuali tentunya mangsa banjir di Batu 16, Hulu Langat, Selangor yang menerima kunjungan istimewa anak menantu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada Rabu.

Salah seorang m4ngsa di kawasan itu, Megat Ahmad Danial Mazalan, 30, berkata, dia sekeluarga terharu dengan kehadiran anak perempuan perdana menteri iaitu Datin Nina Sabrina yang ditemani suaminya, pereka fesyen Datuk Jovian Mandagie seawal pukul 9 pagi.

“Bila dapat bantuan begini, sudah tentu kami sekeluarga rasa gembira. Sekurang-kurangnya ada semangat positif untuk kami semua.

“Datuk dan Datin datang ke rumah keluarga saya, kemudian mereka turut berkunjung ke rumah ibu saudara saya yang terletak bersebelahan saja.

“Mereka turut membantu untuk membersihkan kediaman kami. Datuk dan Datin tiba seawal 9 pagi dan berada di sini sehingga jam 2 petang,” ujarnya kepada mStar.

Senang disapa Danial, m4ngsa bencana alam ini mended4hkan sikap rendah diri pasangan tersebut turut membuatkan dia gembira dalam menghadapi hari mendatang selepas bencana melanda.

Malah katanya, pasangan Nina dan Jovian cukup mesra, sekaligus membuatkan dia berasa dekat dengan anak menantu pemimpin nombor satu negara itu.

“Dapat berbual dengan mereka pun buat kami rasa gembira. Bila mereka datang menghulurkan bantuan, saya rasa macam ada hubungan yang erat.

“Bukan terasa seperti kawan, tapi lebih macam keluarga. Mereka sangat merendah diri. Mereka all out membantu bersihkan rumah kami. Saya nak ucapkan terima kasih buat pasangan ini,” ujar Danial yang bertugas mempromosi produk berkaitan sukan atau sports marketer.

Dalam pada itu, Danial turut bercerita mengenai nasib menimpa keluarganya yang berhadapan kerugian dek becana berkenaan.

Jelas Danial, empat buah kereta milik keluarganya turut ditenggelami air banjir yang naik kira-kira dua meter di kawasan tersebut.

“Situasi semakin baik, tapi banyak yang kami perlu lakukan. Nak baiki semua benda sudah pasti ambil masa yang lama

“Ini merupakan banjir terburuk. Bapa saya membesar di Langat, dia pun terkejut. Tak pernah terjadi begini.

“Air naik kira-kira dua meter hingga ke paras dinding rumah kami. Empat buah kereta tenggelam, dua motor turut tenggelam… banyak peralatan eletrik yang rosak,” ujar Danial.

Tambah Danial, sudah tentu bantuan makanan diperlukan, namun paling penting mereka berharap ada individu lain lagi dapat menyumbang tenaga untuk membersihkan kediaman m4ngsa banjir.

Kita perlukan tenaga manusia untuk membersihkan kawasan selepas banjir. Sudah tentu makanan pun penting, tapi nak bersihkan tu satu hal lagi.

“Tapi keadaan beransur pulih, kami pun dah balik ke rumah,” ujarnya lagi.

Menerusi perkongsian menerusi Instagram, Jovian dan kumpulan yang terlibat dalam misi itu turut dilihat membersihkan kediaman lain di kawasan sama.

Antara yang turut dikongsi oleh Jovian merupakan kisah seorang lagi mangsa banjir yang disapa sebagai Aunty Nakiah.

Jovian turut berkongsi gambar wanita itu yang berdiri di hadapan kediamannya yang masih berada dalam keadaan dipenuhi lumpur.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @message 

Sumber: Mstar

About admin

Check Also

“An4k Kata Nak Balik Terus..”- Ayah Seb4k, Dedah Kata2 Akhir Arwh, Rupanya Dah Beri

  Rentetan insiden membabitkan lima sekawan pada awal pagi tadi, bapa kepada salah seorang pelajar …

Leave a Reply

Your email address will not be published.