“Hanya ing4t mati … empat j4m saya junjung bayi dal4m kotak” – Mangsa banjir

“BAGAI mati, hidup semula. Ibarat berada di tengah-tengah lautan. Masa itu hanya fikir ini mungkin takdir kami berdua. Saya hanya reda dengan doa yang tak putus.” Ini perkongsian Suriyati Abdul Mokhtar, 34, ibu kepada dua orang anak dan mangsa banjir di Pahang ketika dia dan bayinya yang berusia enam bulan bertarung nyawa menyelamatkan diri mereka ketika banjir luar jangka melanda rumahnya, baru-baru ini.

Disebabkan hujan lebat yang berterusan baru-baru ini menyebabkan banjir besar di beberapa buah negeri sehingga menyebabkan situasi panik. Banyak kawasan yang dinaiki air walaupun sebelum ini tak pernah pun banjir.

Detik cemas ini turut dialami Suriyati Abdul Mokhtar, yang ketika itu terperangkap di rumahnya bersama bayi berusia enam bulan di Taman Karak Indah, Pahang.

Pada Sabtu tanggal 18 Disember lalu ibu kepada dua anak ini menceritakan pengalaman menakutkan apabila air naik hingga ke paras leher dan menyangka itulah saat akhir yang tertulis untuk mereka berdua.
Menerusi perkongsian video daripada program Malaysia Hari Ini, kisahnya bersama anak dan ‘audio note’ yang ditinggalkan benar-benar menyebabkan ramai tersentuh hati.
Ketika kejadian, difahamkan suaminya tiada di rumah kerana masing-masing bekerja di di berlainan negeri sejak 2 tahun lalu.
Mujurlah anak sulung ketika itu berada bersama suami di Terengganu ketika banjir melanda kawasannya.
Bunyi tekanan air, tanda air bah meningkat
Bercerita lanjut, Suriyati memberitahu semasa air mula naik, seakan terdengar bunyi tekanan air dari bilik air.
“Ketika itu, di luar memang gelap dan apabila tersedar, rupanya air telah penuh di luar.”
Air kemudiannya mula masuk melalui celahan pintu dan tingkap dengan laju hingga mencecah paras pinggang. Apungkan bayi dalam kota plastik
Dalam keadaan kelam kabut itu, Suriyati mendapatkan sebuah kotak plastik yang digunakan untuk menyimpan barang bagi mengapungkan bayinya yang berusia 6 bulan.
Pada ketika itu, air makin naik dan telah sampai ke paras bahu. Waktu itu dah tak fikir apa-apa, dan terus meletakkan bayi ke dalam kotak itu dalam keadaan diri sendiri pun terhuyung-hayang.
Titipan audio note ketika air naik ke paras leher
Memikirkan hanya diri sendiri dan bayi saja ketika itu, Suriyati tidak putus-putus berdoa dan bertahan.
Paling sebak, dia menjunjung anaknya dalam kotak tersebut selama 4 jam dan sempat memberi voice note minta anaknya diselamatkan dulu.
“Ya Allah, tolong selamatkan anak saja je, baby saya je, lain saya tak fikir, anak saya je,”.
Dalam pada itu, air pula semakin deras dan meningkat dengan cepat hingga ke paras leher. Suriyati akui mungkin itulah detik terakhirnya bersama bayinya.
“Abang, tolong ampunkan mama, dari hujung rambut hingga hujung kaki. Tak ada orang selamatkan Mama, Bang. Tak ada orang…” (sambil menangis)
Voice note ini telah tular dan menyentuh hati orang ramai yang mendengarnya. Tak dapat dibayangkan keadaan ketika itu dan perasaan suami menerima pesanan suara tersebut dalam saat genting.
Tambah pula dengar tangisan bayi 6 bulan hingga tiada suara dan kesejukan dan kelaparan..
Pujuk anak tutup mata, berserah kepada Allah S.W.T.
“Adik tutup mata, Mama pun tutup mata – Mama rasa inilah takdir kita berdua. Abah pun takde, orang lain pun takde.”
“Saya rasa anak saya faham dan dia peluk saya erat dan dia tutup mata.”
“Saya tak sangka anak saya yang enam bulan seakan faham dan boleh buat macam tu.”
Tanpa diduga, dua orang anggota bomba tiba-tiba datang menyelamatkan mereka entah dari mana.
Suami Suriyati, Mursyidul ‘Azim Mazlan sangat bersyukur kerana Allah telah menggerakkan hati mereka untuk menyelamatkan isteri dan anaknya yang terperangkap ketika itu.
Suaminya turut menggelarkan kedua-dua orang anggota bomba ini sebagai unsung heroes.


Sumber : astro awani

About admin

Check Also

“Bersongkok Tapi P4kai Singlet?”-PU SYED Beri Tazkirah ‘Free’ Pad4 Aliff Syukri

Pencetus Ummah (PU) dan pendakwah bebas, PU Syed Bakri tampil memberikan sedikit ‘tazkirah’ kepada usahawan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.