“Pakat-pakat bering4t…” – Tular video Air Terjun Lata Ber4ngin menggan4s, Kuala Krai mula kena tempi4s tengkujuh

TULAR sebuah video di media sosial yang memaparkan keadaan lokasi air terjun popular di Kuala Krai, Kelantan, yang dalam keadaan ‘menakutkan’ pada pagi Khamis.

Video berdurasi 20 saat yang dimuat naik oleh pengguna, @mohdadha17, di aplikasi TikTok dan Instagram menunjukkan keadaan Air Terjun Lata Berangin sedang dilanda ‘kepala air’ susulan musim tengkujuh.

Menurut individu yang membuat rakaman video tersebut, situasi berkenaan berlaku pada pukul 10.32 pagi, pada Khamis (30 Disember).

“Air sedang naik… tengah mengganas. Pakat-pakat beringat,” katanya dalam video tersebut.

Sementara itu pemilik video berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd Adha berkata, air terjun berkenaan terletak berdekatan dengan rumahnya di RPT Kampung Sungai Pas.

“Memang terletak bersebelahan saja. Hujan turun di sini sejak semalam lagi (Rabu). Air sungai di belakang rumah adalah air daripada lata tersebut.

“Kalau hujan berterusan, memang naik masuk rumah. Pernah juga rumah kami dinaiki air dari sungai tu,” katanya kepada mStar.

Meninjau beberapa muat naik video lain di akaun TikToknya, turut dikongsikan adalah situasi cuaca terkini Kuala Krai di mana sebahagian kediaman penduduk kampung dan jalan ditenggelami air.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Satu video yang berasingan pula memaparkan keadaan paras air Sungai Sok, Kuala Krai yang sedang meningkat susulan hujan.

Video air terjun tersebut meraih melebihi 1.4 juta jumlah tontonan setakat petang tadi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pelayar mendoakan agar penduduk sekitar dan negeri yang berkemungkinan dilanda banjir agar menjaga keselamatan dan memberi peringatan untuk bersiap sedia menghadapi bencana.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi meramalkan hujan berterusan di beberapa daerah di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sabah sepanjang minggu ini hingga 2 Januari depan.

Susulan amaran tersebut, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) turut meramalkan banjir akan berlaku di empat negeri di Semenanjung Malaysia.

Empat negeri tersebut merupakan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

 

About admin

Check Also

“An4k Kata Nak Balik Terus..”- Ayah Seb4k, Dedah Kata2 Akhir Arwh, Rupanya Dah Beri

  Rentetan insiden membabitkan lima sekawan pada awal pagi tadi, bapa kepada salah seorang pelajar …

Leave a Reply

Your email address will not be published.