“Sedih Pul4k Tengok” – Seb4k! Murid 11 T4hun Ambil Upah Mengecat, H4nya Minta Dibayar Deng4n Beras

Memang tak dapat kita nafikan bahawa lockd0wn yang dijalankan sekarang ini, beri impak besar kepada seluruh rakyat untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Kesannya, ramai tak kisah kalau sesebuah pekerjaan ditawarkan kepada mereka tu bukan kerja yang biasa dilakukan. Asalkan mereka dapat mencari rezeki untuk menampung keluarga.

Pelajar sekolah rendah rajin ambil upah mengecat

Bukan saja golongan dewasa, malah golongan kanak-kanak juga ada sifat bertanggungjawab untuk cuba membantu keluarga di musim pand3mik ini.

Seperti kisah yang viral baru-baru ini, apabila seorang pelajar sekolah rendah dilihat gigih mencari rezeki untuk membantu keluarga.

Menerusi perkongsian di akaun TikTok @FaeezSalleh, dia menunjukkan seorang ‘pekerja ciliknya’ yang tengah fokus mengecat sebuah meja.

Mahukan beras berbanding duit

Melalui posting yang lain, Faeez ada menanyakan soal upah kepada kanak-kanak tersebut setelah selesai melakukan kerjanya. Faeez bertanya jika dia mahukan duit ataupun beras sebagai upahnya.

Namun, jawapan kanak-kanak berusia 11 tahun itu mengejutkan Faeez apabila dia lebih memilih beras berbanding duit tersebut.

Dalam video yang dimuat naik, Faeez sempat merakam kanak-kanak tersebut pulang dengan membawa beras yang juga ganjaran atas hasil kerjanya itu. Dia kelihatan senang, dan sempat melihat kepada beras dibawa berulang kali.

@mfs_bengkelbesidya mai buat kerja dgn kita,bguih budak nie..kita tya nak duit ka nak beras,dya kata nak beras😊😊😊#MFsBengkelBesi♬ bunyi asal – Abeyie_Official 🇲🇾

Tanpa disangka-sangka, rupanya video perkongsian Faeez ini mendapat perhatian dan ramai yang telah menghulurkan bantuan kepadanya.

Lalu, Faeez meminta kanak-kanak tersebut untuk memperkenalkan dirinya kepada umum. Namanya Muhammad Hanif Bin Zakaria, dan dia juga sempat mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberi bantuan kepadanya dan keluarga.

@mfs_bengkelbesiBalas kepada @reilaidora_mira1 done video original♬ bunyi asal – FaeezSalleh

Semoga urusan adik Hanif sekeluarga sentiasa dipermudahkan. Min juga doakan supaya semua yang membaca ini terus kuat menempuh musim pandemik ini!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page message

Sumber:Lobak merah

About admin

Check Also

“An4k Kata Nak Balik Terus..”- Ayah Seb4k, Dedah Kata2 Akhir Arwh, Rupanya Dah Beri

  Rentetan insiden membabitkan lima sekawan pada awal pagi tadi, bapa kepada salah seorang pelajar …

Leave a Reply

Your email address will not be published.