Semata-mata N4k Bina Hidup Baru Deng4n Teman Wanita, Bapa Tergam4k Campak Anak Sendiri D4ri Tingkat 15

Seorang lelaki dan teman wanitanya dilaporkan telah dijatuhi hukuman mati di China selepas dia membuang dua anaknya dari bangunan pangsapuri dengan alasan teman wanitanya tidak mahu menjaga anak dari perempuan lain.

Menurut Daily Mail, kedua-dua mangsa dicampak dari tingkat 15 blok menara di perbandaran Chongqing, China pada 2 November tahun lalu.

Anak pertama yang berusia 2 tahun meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian manakala si adik pula meninggal dunia tidak lama kemudian akibat kecederaan yang teruk.

Dalam perbicaraan di mahkamah, suspek yang berusia 27 tahun dikatakan ingin berkahwin dengan teman wanitanya tetapi wanita itu enggan menerimanya jika dia mempunyai anak. Wanita itu mendesaknya untuk ‘menyingkirkan’ mereka dan bertindak memotong pergelangan tangannya untuk menunjukkan kekecewaannya terhadap perkara tersebut.

Melihat keadaan itu, suspek kemudian mencampakkan kedua-dua anaknya keluar dari tingkap sebelum berlari ke bawah untuk menunjukkan ‘muka sedihnya’. Pendakwa raya berkata suspek cuba meyakinkan orang ramai dengan menangis tanpa kawalan tetapi sebenarnya itu hanyalah lakonan semata-mata.

Ketika itu suspek mendakwa bahawa dia sedang tidur ketika mangsa jatuh dari tingkap dan dikejutkan dengan jeritan orang ramai di tingkat bawah selepas menemui mayat di atas rumput.

Bekas isteri suspek, yang merupakan ibu kandung kepada kedua-dua mangsa memberitahu media tempatan bahawa teman wanita suspek tidak mahu suspek mempunyai anak bersama wanita lain.

Difahamkan, suspek menjalinkan hubungan dengan teman wanitanya ketika dia masih lagi berkahwin dan ia menjadi punca perceraian dengan bekas isterinya.

Suspek mengakui bahawa dia berkomplot dengan teman wanitanya untuk membunuh anak-anak itu supaya mereka boleh membina keluarga baharu tanpa anak hasil perkahwinannya dahulu.

Sumber: Daily Mail

About admin

Check Also

“Bersongkok Tapi P4kai Singlet?”-PU SYED Beri Tazkirah ‘Free’ Pad4 Aliff Syukri

Pencetus Ummah (PU) dan pendakwah bebas, PU Syed Bakri tampil memberikan sedikit ‘tazkirah’ kepada usahawan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.