Menerusi beberapa video yang dikongsi, wanita ini tampil menceritakan kisah di sebalik perkahwinannya di usia muda. Ibu muda ini, mendirikan rumah tangga pada tahun 2017 dan dia ketika itu berusia 15 tahun, dan merupakan seorang pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah di Perlis.
Difahamkan, wanita ini mengambil keputusan untuk berhenti sekolah pada Jun 2018, ketika berusia 16 tahun kerana memberi fokus terhadap anak yang telah selamat dilahirkan pada Julai 2018.
Susulan daripada itu, dia sama sekali tldak sempat untuk menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2019. Namun, dia telah merancang semula untuk menduduki peperiksaan tersebut pada tahun ini, sebagai calon persendirian.
Pada masa yang sama, dia turut menceritakan suaminya sebelum ini pernah menjemputnya di sekolah ketika sesi persekolah sudah tamat.
Perbezaan umur dia dan suaminya hanya empat tahun sahaja dan perkara tersebut sama sekali tldak menjadi penghalang cinta mereka. Menyentuh bagaimana bibit-bibit cinta ini mula terjalin, wanita ini akui mengenali suaminya menerusi aplikasi WeChat yang pernah popular satu ketika dahulu
Saya jumpa lelaki saya dekat WeChat, dulu WeChat ada people nearby (untuk mencari orang terdekat mahupun jauh), kenal dekat situlah. Lepas tu, kawan kawanlah sampai rasa nak kahwin.
Walaupun, berkahwin di usia muda, dia turut berdepan dengan stigma masyarakat yang mempersoalkan tindakannya. Tldak berakhir di situ, ada juga yang mendkwa dia merupakan seorang janda muda dan anak sulungnya merupakan adik kandung sendiri. Namun, dia sudah ‘alpa’ dengan dkwaan tersebut.
Pada masa yang sama, wanita ini juga sempat berkongsi pengalamannya melahirkan anak di usia yang muda kepada warganet.
Bergelar ibu di usia yang muda
Antara komen netlzen, Ada yang mendoakan ibu dan anak dan ada juga berkongsi pengalaman yang sama
Sumber : ohbulan