“Dengan Izin Allah”- R4mai Tak Perc4ya PuIih K4nser! Elyana Kongsi Identiti Doktor Yang Merawat Dirinya Bukan Calang Calang Orang

Derit4 penyanyi Tak Tercapai Akalmu, Elyana, berakhir apabila disahkan bebas dan pulih daripada penyakit k4nser limfoma tahap empat yang ditanggung sejak 11 tahun lalu.

Selama ini, Elyana tidak pernah berhenti berharap, jauh sekali menyerah kalah berjuang melawan kesakitan yang dihadapi selama lebih sedekad ketika berdepan dengan ujian penyakit.

Allah Mendatangkan Pelangi

Terbaru, Elyana berkongsikan sekali lagi kepada umum mengenai status k4nsernya itu. Dalam penulisannya itu, dia menyatakan bahawa Allah telah mendatangkan pelangi yang telah lama hilang. Keputusan scannya sangat ajaib apabila k4nsernya hilang.

Keputusan scan saya sangat ajaib. K4nser hilang

Ded4h Identiti Doktor

Bukan itu saja, dia turut berterima kasih dan mendedahkan kepada umum identiti doktor yang merawatnya selama 10 tahun berdepan dengan penyakit itu.

Alhamdulillah…Inilah doktor saya selama 10 tahun saya sakit. Dr Haris. Terima kasik doktor.

Perkongsian tersebut mendapat reaksi dari rakan artis dan netizen. Ramai yang bersyukur dan memuji tahap kesabaran dan ketekunan Elyana dalam berjuang dengan k4nser. Syabas!

Elyana bebas kanser, perjuangan 11 tahun berhasil

PENYANYI Elyana berkongsi khabar gembira apabila penyakit kanser limfoma tahap empat yang dihidapinya selama 11 tahun telah hilang.

Menerusi laman sosial Instagram, Elyana nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 34, memuat naik sekeping foto dan video hasil imbasan badannya bersama doktor untuk tatapan umum.

Menurut Elyana, dia bersyukur apabila perjuangan dan penantiannya melawan penyakit ini membuahkan hasil. “Hari ini saya ingin berkongsi rasa gembira dan bersyukur saya dengan anda semua. Perjuangan dan penantian selama 11 tahun saya berhasil!!!! Kanser saya hilang!!!!

“Alhamdulillah Ya Allah, terima kasih Ya Allah, kau telah mendengar doa kami.

“Tak dapat saya gambarkan perasaan gembira saya. Terlalu lama tak dapat rasa gembira ada tubuh yang sihat. I love you Allah,” tulis Elyana di ruangan kapsyen.

Sementara itu di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan warga maya meraikan berita gembira tersebut dengan doa dan kata-kata semangat.

Tidak kurang juga ramai yang mahukan pelantun lagu Niat itu terus menjadi inspirasi buat pejuang-pejuang kanser untuk melawan penyakit tersebut.

“Allahuakbar, syukur ya Allah, i’m so happy for you adik,” tulis Datuk Aznil Nawawi.

“Alhamdulillah, berkat doa kak dan semua rakyat Malaysia. Sama-sama doakan kak Elyana sehingga sepenuhnya,” ujar seorang warga maya.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 21,000 tanda suka daripada pengikutnya.

Sekitar Disember tahun 2020, Elyana memaklumkan kanser itu telah menyerang dan merebak ke beberapa organ badannya seperti rahim, hati dan pangkal paha.

Elyana membuat pendedahan mengenai penyakit kanser limfoma tahap empat selepas tersingkir pada minggu kelima program realiti, Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pada 2017.

About admin

Check Also

“An4k Kata Nak Balik Terus..”- Ayah Seb4k, Dedah Kata2 Akhir Arwh, Rupanya Dah Beri

  Rentetan insiden membabitkan lima sekawan pada awal pagi tadi, bapa kepada salah seorang pelajar …

Leave a Reply

Your email address will not be published.