Dua ber4nak hidup serba kekurang4n dalam pondok kecil

Dua beranak hanya mampu berteduh di sebuah pondok kecil di Kampung Bukit Kadir sejak tiga bulan lalu selepas tidak mampu membayar sewa rumah.

NILAI: Dua beranak hanya mampu berteduh di sebuah pondok kecil di Kampung Bukit Kadir sejak tiga bulan lalu selepas tidak mampu membayar sewa rumah.

Berbekalkan wang pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) i-Citra sebanyak RM1,000 (S$322), Mohamad Zahim Zamzuri, 29, membina sebuah pondok kecil di tanah milik ibunya untuk tinggal bersama anaknya Muhammad Zuhairie, 7 tahun.

Menurutnya, sebelum itu beliau tinggal menyewa di Mantin namun berdepan kesukaran untuk membayar sewa selepas majikannya tidak membayar gaji menyebabkan beliau mengambil keputusan berhenti kerja.

“Kalau saya ada gaji, tiada masalah nak bayar sewa.

“Apabila kerajaan benarkan pengeluaran i-Citra, saya gunakan duit itu untuk bina pondok kecil buat saya dan anak berteduh,” katanya kepada Sinar Harian selepas menerima kunjungan Pengerusi Persatuan Anak Jati Nilai, Mohd Shahril Hakimi Hamdan pada Jumaat (31 Dis).

Bagaimanapun katanya, dengan bajet kecil, beliau hanya mampu membina sebuah pondok tanpa bilik, dapur dan tandas.

Oleh itu, beliau sangat berharap agar ada mana-mana pihak dapat membantunya membina rumah yang lebih selesa.

“Saya kasihan pada anak sebab dia selalu tanya bila kami nak dapat rumah baru.Pondok kami tinggal ini pun banyak bocor.

“Nak harapkan gaji saya RM50 (S$16)sehari yang bekerja mengambil upah mengangkat tong gas manalah cukup untuk membina rumah,” katanya.

Mohamad Zahim berkata beliau juga mempunyai seorang lagi anak berusia tiga tahun yang dijaga isteri yang kini tinggal di rumah mertua di Pahang.

Menurutnya, setiap bulan beliau akan menghantar duit untuk membeli lampin pakai buang dan susu.

Selain itu, beliau juga berharap ada pihak yang sudi menawarkan pekerjaan yang lebih baik buatnya menyara diri dan anak.

Katanya, beliau juga tidak pernah meminta bantuan daripada mana-mana agensi kerana tidak tahu prosedur.

“Saya kerja dari jam 8 pagi dan balik pun tak menentu, kadang-kadang sampai malam. Jadi memang tiada masa.

“Soal pertukaran sekolah anak pun saya tak sempat lagi uruskan,” katanya.

Sumber : Agensi berita/HA/ha

About admin

Check Also

“An4k Kata Nak Balik Terus..”- Ayah Seb4k, Dedah Kata2 Akhir Arwh, Rupanya Dah Beri

  Rentetan insiden membabitkan lima sekawan pada awal pagi tadi, bapa kepada salah seorang pelajar …

Leave a Reply

Your email address will not be published.