Ramai kecew4 Adibah ‘Rosakkan’ Lagu Berdiri Bulu Romaku. s4mpai Bonda Sendiri Bangun Buat Konsert Sendiri

 

PETALING JAYA: Trending di Twitter mengenai status warganet yang kecewa dengan persembahan Adibah Noor menyanyikan lagu Berdiri Bulu Romaku dalam Konsert Gegarvaganza semalam.

Mereka berpendapat olahan tersendiri Adibah dalam lagu tersebut telah merosakkan ketulenan lagu asal yang popular dinyanyikan oleh Hetty Koes Endang yang merupakan juri dalam program berkenaan.

Malah, ramai yang bersetuju penggunaan elemen dikir barat untuk lagu dangdut berkenaan sebagai tidak sesuai.

“Yup. Adibah Noor overdid a legendary song which didnt need to be made different. I looked fwrd to her performance d whole wk cos i love that song but end up disappointed by her rendition. As for Aliff Aziz… terbaik lah consistently top 3 and Suki Low im liking even more now,” kata @JANScouserZ.

“Sumpah tadi adibah noor merosakkan lagu meremang bulu roma ku tu… haihh she can do much better kot,” kata @danialrmly.

“Perlu ke tukar konsep lagu ni kepada dikir barat. Adoi macam tak kena je Adibah Noor ni,” kata @AmirulKhan_.

TANGKAP layar rakaman video Adibah Noor menyanyikan lagu Berdiri Bulu Romaku versi dikir barat dalam Konsert Gegarvaganza 8 semalam.

Ketika Adibah Noor diberikan tugas pada minggu sebelum ini untuk menyanyikan karya Bonda Hetty, sebenarnya ramai yang teruja kerana lagu ‘Berdiri Bulu Romaku’ pernah viral memandangkan ia memiliki irama rancak. Namun siapa sangka, persembahan pada minggu ke-7 semalam malah menyaksikan Kak Dibah menurun di kedudukan bottom 3 (56.70%).

Di awal kemunculan, dia tampil bergaya dengan busana Melayu klasik beserta sekumpulan ahli Dikir Barat. Mengubah irama asal lagu hampir 100% mungkin cuba membawa kelainan tersendiri, namun Bonda di tempat duduk juri jelas tergamam seakan-akan kurang berpuas hati dengan persembahan yang disajikan.

Terhibur masa Bonda Hetty naik pentas tadi

Setelah nyanyian tamat, penyanyi lagenda Indonesia itu tidak terus memberikan komen seperti yang diminta oleh pengacara. Sebaliknya, dia umpama membuat konsert sendiri lantas menyanyikan lagu berkenaan dengan versi asal namun sedap didengar tanpa perlu mengubah apa-apa.

Gegarvaganza 8 yang mengguna pakai tagline Bintang Kembali Menyengat menampilkan 13 peserta merangkumi tiga buah negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Selain Adibah, mereka menyertai ialah Aweera; Azan Scan; Datuk Fazley Yaakob; Shidee; Bandi Amuk; Aliff Aziz; Ani Mayuni,Suki, Nikki dan Upiak Isil.

Musim ini juga menyaksikan kemeriahan berganda apabila Astro turut mengumumkan kehadiran pelawak terkenal Saiful Apek dan Yassin serta Nico yang akan mewakili penyertaan secara duo dan berkumpulan.

GV8 masih mengekalkan format asal penjurian yang diadili berdasarkan sistem pemarkahan 100 peratus oleh barisan juri profesional.

Memang teruk guys…Kita cuba lagi minggu depan

Sedar bahawa kreativiti yang cuba dibawa merupakan sebuah kesilapan besar, Adibah mengakui kekurangan tersebut dan menerima kedudukan corot dengan hati terbuka. Namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk tampil lebih mantap di minggu seterusnya.

SUMBER: KOSMO

About admin

Check Also

“Bertaubat ibu, cari reda Allah” -Pesan bek4s pengurus perib4di buat Mak Wan Latah

“Bertaubat ibu, cari reda Allah” -Pesan bekas pengurus peribadi buat Mak Wan Latah Perbalahan antara …

Leave a Reply

Your email address will not be published.