Sharul Kamal, isteri m4hu nikmati ‘cinta selep4s kahwin’ dulu…

Kuala Lumpur: Penyanyi juga bekas bintang Akademi Fantasia 2015 (AF2015), Sharul Kamal selamat bernikah dengan wanita pilihan, Raihan Amilin Mohd Roszaimi, 26, jam 3.30 petang semalam, di Masjid Kota Raja, Klang, Selangor.

Sharul atau nama sebenarnya Muhammad Shahrul Amin Kamarozaman, 26, dengan sekali lafaz sah bergelar suami kepada Raihan Amilin atau Amy, juga seorang pengurus artis di Rusa Music selepas dinikahkan bapa pengantin perempuan, Mohd Roszaimi Iddin, 50.

Berkongsi perkenalan mereka, Sharul berkata dia mula kenal dengan isterinya pada 13 Disember 2019 dan memutuskan berkawan lebih serius sekitar tahun 2020  sebelum merisik serta bertunang, tahun lalu. Katanya, dia dan isteri kini bersyukur mereka pupuk ‘cinta selepas kahwin’.

“Saya sebenarnya tertarik dengan Amy kerana sikap dan tutur katanya sejak pertemuan kami di acara hiburan di Pulau Pinang pada 2019 itu. Amy hadir menguruskan kumpulan Drama Band, manakala saya hanya mengikut Aepul Roza saja.

“Sejak itu, saya berminat mahu mengenali dia dan kami terus berkawan biasa tanpa Amy tahu saya sudah jatuh hati padanya. Mungkin juga sudah jodoh kami, selepas itu saya dan Amy kerap bertemu di acara hiburan,” katanya kepada Harian Metro.

Bersyukur impian perkahwinan mereka akhirnya terlaksana lancar semalam, Sharul berkata dia dan isteri mahu puas menyulam cinta dahulu sebelum memikirkan menimang cahaya mata.

“Cahaya mata pada saya adalah rezeki. Saya dan isteri tidak merancang dan menyerahkan semuanya kepada ketentuan Allah. Cuma, sekarang kami ingin nikmati dulu dan menyulam perasaan cinta selepas kahwin.

“Ini kerana, perhubungan kami bermula atas persahabatan dan sampai jodoh terus berkahwin. Jadi, kami mahu bercinta dalam keadaan hubungan yang sudah halal ini,” katanya belum merancang bulan madu.

Pada majlis pernikahan dihadiri ahli keluarga itu, Sharul juga menyerahkan mas kahwin sebanyak RM1122 sebagai simbolik tarikh 1 Januari 2022 berserta seutas rantai emas kepada isterinya. Bagaimanapun, wang hantaran dirahsiakan.

Amy pula berkata dia bersyukur majlis perkahwinan mereka yang sederhana berlangsung meriah. Katanya, satu majlis resepsi dilangsungkan pada sebelah malam semalam atas gabungan kerjasama dua keluarga.

“Ikutkan suami (Sharul), mulanya kami hanya mahu laksanakan majlis nikah saja dan satu jamuan kecil. Tapi, keluarga kami berdua sepakat adakan satu majlis persandingan bersama-sama untuk meraikan bersama keluarga dan saudara mara.

“Hampir 90 peratus tetamu majlis resepsi kami yang terhad kerana mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dihadiri keluarga, saudara mara dan kenalan rapat saja. Kami juga hanya buat yang termampu,” katanya.

Sumber  HM

About admin

Check Also

“An4k Kata Nak Balik Terus..”- Ayah Seb4k, Dedah Kata2 Akhir Arwh, Rupanya Dah Beri

  Rentetan insiden membabitkan lima sekawan pada awal pagi tadi, bapa kepada salah seorang pelajar …

Leave a Reply

Your email address will not be published.