Bapa men4ngis timang cucu sulung und4ng sebak Sebelum ini Anak pern4h 2 k4li keguguran

Setiap pasangan yang berumah tangga sememangnya sangat menantikan cahaya mata bagi melengkapkan kebahagian berkeluarga.

Bukan hanya bakal ibu dan bapa, tetapi ahli keluarga lain seperti nenek serta datuk sangat mengharapkan kehadiran cucu bagi menceriakan lagi suasana.

Kehadiran cucu sulung yang sangat dinantikan merupakan satu momen yang sangat berharga dalam setiap keluarga. Hal ini turut dirasai sendiri oleh sebuah keluarga apabila video seorang datuk menangls memegang cucu pertama tular di aplikasi TlkTok.

Reaksi bapa mertua timang cucu pertama
Menerusi perkongsian yang dibuat pengguna TlkTok dikenali sebagai Tok Penghulu Mudim, dia telah memuat naik momen bapa mertuanya yang begitu sebak melihat cucu pertamanya selamat dilahirkan.

Tambah lelaki itu, kelahiran anak pertamanya itu merupakan satu penantian yang agak lama iaitu kira-kira tiga tahun. Sebelum ini, dia memaklumkan yang isterinya pernah keguguran sebanyak dua kali sebelum diberi rezeki oleh Allah S.W.T untuk menimang cahaya mata.

Bapa mertua yang begitu menanti akan kelahiran cucu pertamanya telah bergegas mendapatkan bayi tersebut sebelum digendung sambil menitiskan air mata kesyukuran.

 

@anokma0 air mata seorang bapa untuk cucunyer.. mertua aku menangis sebab sgt bahagia dapat cucu sulung penantian hampir 3 tahun.. 2 kali wife aku gugur..#fyp ♬ Allah Allah Aghisna – Veve Zulfikar

hadiah istimewa untuk hari lahir datuk
Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan pelbagai komen diterima. Rata-rata warganet mengakui sebak melihat momen berkenaan kerana terlihat wajah terharu seorang datuk apabila memegang cucu sulungnya.

Mereka juga sempat berkongsi cerita dengan menyatakan cucu sulung sememangnya akan mendapat kasih sayang yang tldak berbelah bahagi daripada datuk dan nenek.

Sumber : omm

About admin

Check Also

“An4k Kata Nak Balik Terus..”- Ayah Seb4k, Dedah Kata2 Akhir Arwh, Rupanya Dah Beri

  Rentetan insiden membabitkan lima sekawan pada awal pagi tadi, bapa kepada salah seorang pelajar …

Leave a Reply

Your email address will not be published.