Gun4kan Wajah Pegawai Polis Ketika ‘Video Call’ Untuk Perd4ya Mangsa, Ini Taktik Terb4ru Macau Scam

KUALA LUMPUR – Pihak polis menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dengan tindak-tanduk sindiket Macau Scam yang kini menggunakan taktik baharu untuk memperdayakan mangsanya. Sindiket Macau Scam tersebut dikatakan menggunakan taktik baharu apabila menggunakan wajah Pegawai Polis ketika membuat panggilan video dengan mangsa.

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, pihaknya telah menerima satu laporan polis oleh seorang wanita yang juga suri rumah berusia 40 tahun, semalam.

“Mangsa mendakwa telah menerima panggilan video oleh seorang individu yang memperkenalkan diri sebagai Pegawai Insurans sebelum disambungkan kepada seorang Pegawai Polis.Mangsa dimaklumkan terlibat dalam kes pengubahan wang haram dan rasuah. Pegawai Polis tersebut telah membuat panggilan video dengan berpakaian uniform polis.” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Suspek juga turut menggunakan aplikasi yang boleh menggerakkan mulut gambar polis tersebut agar mangsa lebih percaya dengan tipu helah tersebut.

“Sindiket berkenaan telah menggunakan aplikasi yang menampakkan pergerakan mulut seperti individu sebenar sehingga mengelirukan dan mengakibatkan kerugian kepada mangsa,” tambahnya lagi

Mengulas lanjut, kes tersebut telah disiasat di bawah Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan menipu.

“Sindiket ini mengelirukan orang ramai dengan membuat panggilan video menggunakan aplikasi tersebut yang menampakkan kesahihan pemanggil sedangkan ia telah diubah suai dengan menampakkan pergerakkan mulut semata-mata dan gambar wajah yang telah disunting.

Tambahnya lagi, PDRm sangat memberi tumpuan terhadap kes yang melibatkan panggilan palsu terutamanaya scam yang bertujuan untuk membuat jenayah.

“PDRM memandang serius dengan kes-kes melibatkan panggilan palsu yang menggunakan gambar profil Pegawai Polis bagi mengaburi orang ramai. PDRM turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan panggilan yang diterima dengan membuat semakan terlebih dahulu agar tidak menjadi mangsa penipuan,” katanya.

Sumber: Kosmo! ONLINE

About admin

Check Also

“An4k Kata Nak Balik Terus..”- Ayah Seb4k, Dedah Kata2 Akhir Arwh, Rupanya Dah Beri

  Rentetan insiden membabitkan lima sekawan pada awal pagi tadi, bapa kepada salah seorang pelajar …

Leave a Reply

Your email address will not be published.