Pad4ng Pasir di Arab Saudi Dilitupi S4lji

Penduduk tempatan berpusu-pusu melakukan perjalanan untuk menikmati salji terbaharu yang turun di barat laut Arab Saudi, lapor portal berita Arab News semalam.

Orang ramai di rantau Tabuk, dekat sempadan Jordan, terkejut apabila melihat padang pasir tandus diselimuti hamparan putih salji apabila mereka bangkit dari tidur pada 1 Januari lalu.

Banjaran Gunung Jabal Al-Lawz di Tabuk kerap kali menyaksikan salji turun apabila suhu menjunam ketika musim sejuk. Musim sejuk dianggap musim paling indah di rantau berkenaan.

“Setiap tahun, kami menunggu salji turun supaya kami dapat menikmati hidangan kabsa yang dimasak di atas salji oleh ibu saudara kami. Ia sudah menjadi tradisi keluarga ini,” kata Faris Al-Harbi yang merupakan seorang jurutera dan membesar di Tabuk kepada Arab News.

Keadaan gunung yang bertukar putih itu menyebabkan ramai tertarik dengan kehadiran salji itu, dengan kanak-kanak tidak melepaskan peluang bermain salji dan mengambil gambar yang dikongsi di media sosial.

Ramai pengguna media sosial terkejut dengan kehadiran salji di Arab Saudi walaupun kawasan berkenaan sememangnya bercuaca sejuk.

Menurut saluran stesen televisyen satelit Al-Ekhbariya, salji terus turun sehingga semalam manakala Pusat Meteorologi Kebangsaan (NCM) Arab Saudi menyatakan bahawa ribut petir akan melanda beberapa wilayah sehingga hari ini.

Menurut NCM lagi, ribut petir serta hujan dan hujan batu dijangka berlaku di Makkah, Al Bahah, Riyadh, Al Qassim dan beberapa kawasan lain.

Susulan perkembangan itu, NCM mengeluarkan ramalan ribut petir dalam beberapa hari seterusnya disertai angin kencang di Asir, Jazan, Al-Madinah, Hail, sempadan utara dan Al-Jawf serta wilayah Tabuk, di mana lebih banyak salji dijangka turun.

Selain itu, salji juga dijangka memenuhi kawasan di Jabal al-Lawz serta pergunungan Al Dhahr dan Alqan pada awal Ahad, dengan suhu dijangka turun di bawah 0° Celsius.

Arab Saudi sememangnya terkenal sebagai negara tandus tetapi suhu antara rantaunya berbeza-beza berikutan kepelbagaian lanskap termasuk kawasan pergunungan, pulau, gurun, gua dan lembah.

Salji biasanya turun di kawasan pergunungan di utara Arab Saudi seperti Turaif, Tabuk, Arar, dan Rafha. Penduduk tempatan dan pelawat menuju ke rantau-rantau tersebut untuk bermain salji dan menikmati cuaca sejuk.

Selain Tabuk, bahagian barat daya negara itu iaitu rantau Asir turut menyaksikan salji turun. Sementara itu, Pusat Meteorologi Kebangsaan mengeluarkan ramalan ribut petir dan angin kuat dijangka berlaku di Asir, Jazan, Al-Madinah, Hail, dan Tabuk manakala lebih banyak salji diramal turun

Sumber : YOY NETWORK

About admin

Check Also

Pnump4ng Tiada Duit Kecil, Pm4ndu Grab Halalkn Je. Sbulan Kmudian Dpt Surat Msteri Diselit di Wiper Kereta

  Siapa sangka, tindakan seorang pemandu Grab menghantar seorang penumpang tanpa mengambil sebarang bayaran sebulan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.