INI KEADA4N TERKINI EBBYYUS SELEP4S MASUK HOSPITAL. DIA BERITAHU APA Y4NG BAKAL TERJADI DI TAP4K RUMAH YG DULUHANYUT

KEADAAN kesihatan pelakon dan pelawak Ebby Yus semakin baik apabila dia dibenarkan pulang ke rumah setelah ditahan di Hspital Kuala Lumpur (HKL) akibat masalah paru-paru berair pada 24 Disember lalu.

Bagaimanapun menurut Ebby Yus atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid, 56, dia perlu menjalani rawatan susulan bagi penya.kit buah pingangg dan jantung.

“Alhamdulillah… tak ada apa pun yang perlu dibimbangkan, sudah tiga hari saya keluar daripada hospital.

“Masalah paru-paru saya dah okay, cuma perlu buat rawatan susulan untuk penyakit lain pula selepas ini.

“Saya kena buat scan sebab jantung saya mula membengkak dan bacaan krea.tinin buah pinggang pun naik sedikit,” katanya kepada mStar.

Ebby bersyukur ramai rakan dan peminat yang mendoakan kesihatannya.

Sebelum ini, Ebby menjadi antara artis yang terkesan teruk akibat ban.jir selepas rumahnya yang masih dalam proses pembinaan mus.nah dibawa arus banjir di Hulu Langat, Selangor pada 18 Disember lalu

Akibat daripada kejadian tersebut, Ebby terpaksa menanggung kerugian mencecah hampir RM200,000.

Dalam pada itu ditanya tentang proses pembersihan tapak rumahnya itu, pelakon filem This Is Pilah ini berkata ia tergendala kerana keadaan jalan yang tidak selamat untuk dilalui oleh mana-mana kenderaan.

Kata Ebby, tanah di kawasan rumahnya perlu periksa semula kerana banyak perubahan yang telah berlaku selepas dilanda ban.jir.

“Saya tak boleh nak buat apa sangat di atas tanah rumah kerana terhakis akibat daripada ban.jir. Nak kena ukur balik sebab strukturnya dah lari dan perlu tambak semula.

“Kalau ada rezeki selepas ini, memang saya nak bina semula rumah di atas tanah itu.

“Sekarang ini mereka kena betulkan keadaan sungai terlebih dahulu, kemudian baru la kenderaan boleh keluar dan masuk untuk proses pembersihan kawasan rumah saya,” katanya.

Keadaan rumah Ebby di Hulu Langat yang lesap akibat banjir.

Biarpun berkali-kali diuji, Ebby tetap bersikap positif dan menghargai rakan artis serta peminat yang mendoakannya.

“Terima kasih banyak-banyak kerana mendoakan, itu pun sudah dikira sebagai satu bantuan juga… syukur Alhamdulillah.

“Apabila ada kawan-kawan dan peminat yang bertanya khabar, pada saya itu semua satu semangat untuk menjadi lebih kuat selain daripada kuasa Allah,” katanya.

Ebby sebelum ini beberapa kali dimasukkan ke hos.pital kerana penya.kit le.mah jantung dan buah pinggang yang dihidapinya.

Pada Oktober lalu, dia mengalami seran.gan jantung di atas kapal terbang ketika dalam perjalanan mengerjakan umrah di Makkah.

Sumber : MSTAR ONLINE

About admin

Check Also

“Bersongkok Tapi P4kai Singlet?”-PU SYED Beri Tazkirah ‘Free’ Pad4 Aliff Syukri

Pencetus Ummah (PU) dan pendakwah bebas, PU Syed Bakri tampil memberikan sedikit ‘tazkirah’ kepada usahawan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.