Ifa Raziah Dikecam Tay4ng Emas Penuh Di Leng4n, Jari Depan Kaabah

 

Baru-baru ini, penyanyi dan usahawan Ifa Raziah dikecam kerana memakai gelang dan cincin emas ketika mengerjakan ibadah umrah.

Tidak hanya berdiam diri, menerusi satu video di Instagram Ifa menyelar netizen yang mengecamnya serta mengatakan tiada masalah untuknya memakai emas untuk beribadah.

“Apa salahnya? Engkau dekat rumah tengok emak engkau, Pakai gelang emas tidak, solat? Sama kan? Engkau tengok nenek engkau solat, ada pakai gelang emas? Sama sahaja.

“Aku pergi ke sana pakai gelang emas, ini, siapa yang bagi? Allah yang bagi. Apa masalahnya aku solat, buat ibadah aku pakai ini? Aku nak tunjuk ‘Allah engkau bagi dekat aku Allah’.

“Aku tengok perempuan Arab semua pakai emas, tak ada masalah pun. Komen masyarakat Malaysia ini, otak dia, tak betullah. Kurang waraslah. Dalam Islam pun, apa masalah pakai emas. Lelaki tak boleh pakai emas, sutera. Perempuan boleh pakai emas,” katanya.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MISS DIVA IFA RAZIAH (@ifa_raziah)

Dalam pada itu, Ifa turut menegaskan dia ada merujuk pakar agama tentang perkara tersebut dimana ibadah tidak terbatal kerana memakai emas.

“Beliau katakan tiada satu pun hadis yang mengatakan haram bagi wanita yang memakai emas untuk bersolat mahupun melakukan apa-apa ibadah yang berkaitan dengan umrah atau haji.

“Malahan ibadah yang dilakukan tidak terbatal hanya kerana memakai emas. Yang paling penting ia bersih, suci dan bukan datang dari sumber yang diragui,” katanya.

sumber: cari forum

About admin

Check Also

Hilang Sabar Selep4s Kena Lvdah, PA Meng4ku Pvkul Mak Wan Latah. Sekali Didie Alias Tampil Bersuara

  KONFLIK peribadi antara Mak Wan Latah dengan bekas pembantunya kini memasuki episod baharu apabila …

Leave a Reply

Your email address will not be published.