DS Mahadi Akhirnya Tampil Jelask4n Dakwaan Heliza Helmi Sebag4i Isteri Kedua

 

Sibuk dengan misi kemanusiaan di merata tempat, siapa sangka dalam diam Heliza Helmi telah berkahwin dengan seorang jutawan bernama Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman. Pernikahan tersebut ibarat mengejutkan satu Malaysia kerana pasangan ini langsung tidak pernah mendedahkan hubungan istimewa kepada umum. Daripada Facebook sampai ke TikTok, penularan pelbagai video detik-detik hari bahagia mereka cukup menunjukkan betapa ramai yang turut menumpang bahagia.

Comelnya Heliza malu-malu nak sarung cincin

Salah satunya yang paling mendapat perhatian adalah rakaman ketika kedua-dua berada dalam adat membatalkan air sembahyang. Dikenali sebagai seorang wanita yang sangat menjaga ikhtilat, pengantin baru berusia 36 tahun ini kelihatan terketar-ketar saat cuba menyarungkan cincin di jari suaminya sendiri. Justeru, Datuk Mahadi terlihat begitu berhati-hati memakaikan aksesori berkenaan sebelum diajar oleh seorang mak cik.

Umum mengetahui, penyanyi Heliza Helmi telah sah bergelar isteri kepada usahawan, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman dengan sekali lafaz pada 1 Januari lalu di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Setelah seminggu mendirikan rumah tangga, ada pula yang mendakwa bahawa suami kepada Heliza merupakan seorang duda dan dikatakan pernah berkahwin sebelum ini.

Ini perkahwinan kedua suami Heliza?

Ketika ditemu bual dalam rancangan Wanita Hari Ini, pengacara Uyaina Arshad sempat mengajukan soalan ‘panas’ mengenai status Datuk Seri Mahadi kerana terdapat sesetengah netizen mendakwa bahawa suami Heliza itu pernah berkahwin.

Datuk Seri ada yang berkata ini adalah perkahwinan kedua. Mungkin disini adalah peluang dan ruang yang mana Datuk Seri dan isteri, Heliza Helmi memberi penjelasan.

Walau bagaimanapun, usahawan berusia 38 tahun itu mengatakan bahawa mereka sendiri agak terkejut apabila membaca komen-komen seperti itu dan menegaskan bahawa dia masih lagi teruna serta bujang terlajak.

Bila saya tengok komen-komen tu saya sendiri yang terkejut. Heliza pun terkejut ‘eh kahwin dua? Pernah kahwin ke sebelum ni?’ Tak, jadi saya nak klarifikasikan semua ini sebelum kahwin saya ni teruna bujang trang tang-tang so bujang terlajak lagi lah.

Umur 38 baru lah dapat bidadari syurga yang telah diizinkan oleh Allah untuk dijadikan suami dan isteri. Semoga kami berkekalan till jannah insyaAllah.

‘Kenapa menyibuk sangat sampai ke situ’

Menjengah ke ruangan komen rata-rata warganet tidak bersetuju mengenai dakwaan berkenaan kerana ia merupakan perkara peribadi bagi pasangan berkenaan. Malah ada juga di antara mereka turut memerhatikan tasbih digital yang dipakai oleh pasangan merpati dua sejoli itu.

Moga kita punyai 1 matlamat yang sama

Pada malam tadi, Datuk Mahadi juga sempat memuat naik posting terbaru sekali gus meminta doa yang baik-baik semoga perkahwinannya bersama isteri bahagia hingga ke Jannah. Menulis kapsyen dengan bait-bait kata indah, beliau turut berharap penyatuan berkenaan mempunyai matlamat sama tak lain tak bukan melayari alam rumah tangga mengikut cara Islam yang sesungguhnya.

Sumber : ummupersint17

About admin

Check Also

Ber4ng Pelajar Tidur, Guru Dirak4m Pukul, Seret Dan Tolak Pelajar Ke Lantai

  Seorang pelajar di sebuah sekolah di China dilaporkan telah dipukul oleh seorang guru selepas dia dipercayai …

Leave a Reply

Your email address will not be published.