Ter4p Pendidikan Agama, Erra Fazira Mahu Puteri Tunggalnya Dap4t Pendidikan Seimb4ng

Kelibat wanita tinggi lampai ini tidak pernah lari daripada radar pandangan penulis sejak di bangku sekolah lagi dan telah mula mengekori jejak langkahnya, tatkala wanita kelahiran Rawang, Selangor ini meraih gelaran Miss Malaysia World 1992.

Dalam hati penulis, peminat sekarang begitu beruntung boleh mengikuti perkembangan artis kesayangan mereka di laman media sosial tanpa sempadan. Mempunyai pakej lengkap sebagai seorang wanita sempurna membuatkan sorotan lensa kamera kehidupan wanita yang berusia 46 tahun ini tidak pernah tersasar jauh daripada pandangan peminatnya.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Erra Fazira (@errafazira)

Sebagai manusia biasa cabaran dan ujian kehidupan mematangkan seseorang dalam menilai sebuah kehidupan. Erra Fazira juga seorang wanita biasa yang sudah dua kali gagal dalam perkahwinan namun tetap optimis mengemudi bahtera kehidupannya dengan harmoni dan seimbang.

Tutur wanita yang mempunyai semangat kental ini buat masa ini fokus kehidupannya ketika ini adalah untuk membesarkan anak tunggal kesayangannya, Engku Aleesya Engku Imran yang sekarang sudah berusia 11 tahun. “As much as possible saya akan habiskan masa, berdua bersama Aleesya.

Agak mencabar juga dalam masa yang begitu terhad saya melakukan pelbagai aktiviti bersama dan dalam masa yang sama mendidik Aleeysa menjadi manusia yang berguna suatu hari kelak. Saya menerapkan elemen keseimbangan dalam mendidik Aleesya dengan memberi pendidikan akademik dan juga agama.

Saya boleh dikategorikan seorang ibu yang gar4ng. Tapi gar4ng saya bukan tidak kena pada tempat. Jika Aleesya membuat salah saya tegvr dan berterus-terang tentang kesalahan yang dilakukannya.

Sebagai ibu zaman moden ini, kita perlu berterus terang dengan anak-anak agar mereka tidak membelakangkan kita atau melakukan sesuatu di luar pengetahuan ibu dan bapa,” tutur Erra Fazira.

Tergambar riak ceria di wajah pelantun lagu Yang Terindah Hanya Lah Sementara ini apabila bercerita tentang anak tunggalnya. “Walaupun saya sudah tidak seaktif macam dahulu tetapi saya merencanakan perjalanan hidup mengikut keselesaan diri.

Tawaran yang datang saya tapis dahulu dan lebih mementingkan Aleesya. Mempunyai anak yang sedang membesar, mana mungkin saya akan meninggalkan Aleesya dalam masa yang begitu lama,” kata Erra Fazira.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook message

Sumber :instagram Erra Fazira

About admin

Check Also

[VIDEO]”Happy Birthd4y Dzakira Talita Zahra…” Ucapan Hari Lahir Bu4t Talita Buat Ramai Tersentuh

  Semalam merupakan hari ulang tahun anak kedua seorang pelawak, pelakon, pengacara, penyanyi dan penyampai …

Leave a Reply

Your email address will not be published.