Remaja Lel4ki Hilang Di Gua Musang Ditemuk4n Selamat – Polis

GUA MUSANG, 12 Jan – Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dari Kampung Pasir Linggi, Pos Lebih dekat sini, yang dilaporkan hilang sejak Isnin lepas, ditemukan dalam keadaan selamat pada 5.30 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintenden Sik Choon Foo berkata Muhammad Iznun Al-Azim Mahadi, pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Laloh di Kuala Krai, ditemukan orang awam di hujung jambatan kampung itu yang terletak kira-kira dua kilometer daripada rumah mangsa

“Keadaan mangsa agak lesu dan kepenatan mungkin kerana tidak makan dan minum hampir sehari. Bagaimanapun, pihak kami telah serahkan mangsa kepada keluarganya dan dia dibawa ke Hospital Kuala Krai untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau juga berkata operasi mencari dan menyelamat mangsa dibantu oleh 24 anggota dan pegawai termasuk daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam, unit anjing pengesan polis serta penduduk kampung.

“Dalam operasi yang bermula 8 pagi hari ini, kita mengambil masa kira-kira sembilan jam untuk menemukan mangsa dengan jarak radius dua kilometer,” katanya.

 

Sumber: BERNAMA

About admin

Check Also

Tak Setuju Pas4l Pelitup Mask Sirim, Sek4li Ini Respon Jaafar Onn Buat Ramai Yang Terkedu

  Kurang bersetuju dengan cadangan penguatkuasaan pelitup muka perlu ada kelulusan Institut Piawaian dan Penyelidikan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.