‘Hero Thaipusam’ b4ntu w4nita MeIayu bers4Iin dalam pikap di Batu Caves

PETALING JAYA: Seorang wanita Melayu selamat melahirkan bayinya dalam sebuah trak pikap, dibantu sekumpulan penganut Hindu berdekatan Kuil Sri Subramaniyar di Batu Caves pagi tadi.

Kejadian berlaku ketika ratusan penganut Hindu mengikuti perarakan kereta lembu di sekitar perkarangan kuil itu sempena sambutan Thaipusam.

Wartawan LK Savantharaja berkata, ketika mengikuti perarakan kecil itu, beliau dan beberapa penganut terdengar teriakan meminta tolong.

Savantharaja dan kumpulan penganut yang bersamanya bergegas ke trak pikap berkenaan dan menemui wanita dalam kesakitan bersalin bersama suaminya.

Melihat keadaannya, beberapa penganut menggunakan sehelai kain untuk menutup tingkap kenderaan demi menjaga aib wanita berkenaan serta melindungi pasangan itu daripada panas terik matahari.

Setelah bayi perempuan itu selamat dilahirkan, Savantharaja membantu pasangan itu mencari pisau untuk memotong tali pusatnya.

Ambulans tiba tidak lama kemudian untuk memberi bantuan susulan.  Ibu bersama bayinya dalam keadaan baik, menurut Savantharaja.

Beliau berkata, semua yang datang membantu pasangan itu terharu dengan kelahiran bayi perempuan itu, malah ada yang mengalirkan air mata.

“Kita bantu sesama kita kerana kita semua rakyat Malaysia,” katanya.

Menurut lelaki yang juga seorang wartawan sebuah akhbar Tamil itu lagi, pasukan perubatan bersama sebuah ambulan tiba selepas bayi itu selamat dilahirkan.

“Sebelum mereka pergi hospital, saya sempat selfie dengan bapa kepada bayi itu untuk kenangan,”katanya.

Savantharaja)

Susulan perkongsian itu, rata-rata netizen memuji tindakan pemuda itu serta orang ramai yang berada di kawasan kejadian kerana telah membantu keluarga tersebut.

“Terima kasih kepada semua yang membantu, inilah buktinya rakyat Malaysia bersatu padu dan sentiasa menolong antara satu sama lain tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan. Semangat ini wajar dicontohi oleh semua,”tulis Cikgu Ayu Melati.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Muhammad Azuwan.

“Inilah perpaduan yang kita mahukan di kalangan rakyat malaysia,”tulisnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jom Like, Komen dan Share Facebook Page  message Untuk Dapatkan Lebih Banyak Maklumat Dan Info Terkini

Sumber : freemalaysiatoday, K! ONLINE

About admin

Check Also

Kes Basik4l Lajak: Kerani Wanita Dibeb4skan Dengan Jamin4n Sementara Rayuan Didengar

PUTRAJAYA, 18 April (Bernama) — Seorang kerani wanita yang ditahan di penjara atas kesalahan memandu …

Leave a Reply

Your email address will not be published.