Pel4kon Terkenal, Azhan Rani Dilapork4n Terbabit Dal4m Kemalangan Jalan Raya

Pelakon, Azhan Rani dilaporkan telah terlibat dalam kemalangan jalan raya membabitkan motosikal dalam kejadian pada tengah hari semalam.

Perkara itu telah dimaklumkan oleh sahabat baiknya yang juga pelakon terkenal, Beto Kusyairy di Instagram beliau hari ini. Walau bagaimanapun, menurutnya Azhan kini berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan.

“Amanah dari sahabatku Azhan Rani, dukacita ingin menyampaikan pada semua yang beliau telah terlibat dengan kemalangan motosikal pada tengahari semalam(Isnin).

“Alhamdulillah keadaannya stabil dan masih dalam jagaan pakar,” kata Beto menerusi kapysen di Instagram.

Ujarnya lagi, Azhan juga memohon maaf kepada semua kenalan dan pihak media yang menghubunginya secara peribadi kerana dia tidak dapat menjawab panggilan dan mesej buat sementara waktu.

“Pada semua sahabat, kenalan dan wartawan yang cuba menghubunginya secara peribadi, beliau mohon maaf kerana tak dapat nak jawab segala panggilan dan text untuk sementara waktu ni. Namun beliau tetap menghargai segala perasaan ambil berat ke atas dirinya.

“Sama-sama kita doakan beliau agar segera sembuh dan kembali pulih seperti sediakala..aamin,” ujarnya.

Pun begitu, Beto tidak mendedahkan lebih lanjut mengenai kemalangan tersebut.

Dalam pada itu, rakan-rakan artis yang membaca perkongsian tersebut rata-ratanya terkejut dan berkesempatan untuk mendoakannya supaya cepat sembuh.

Sumber: Beto Kusyairy

About admin

Check Also

Dua negara berbaIah as4l usul silat, sekali ini respon pel4kon ‘Mat Kilau’ sendiri, Yayan Ruhian

  ISU mengenai asal usul silat sering menjadi topik perbualan dan perb4lahan netizen di media sosial. …

Leave a Reply

Your email address will not be published.