“Sud4h 22 Tahun Saya Sudah Pu4s Bekerja” Elyana M4hu Nikmati Hidup Baharu

Disahkan bebas kanser selepas 11 tahun berjuang, penyanyi Elyana memberitahu dia ingin menikmati kehidupan baharunya bersama anak-anak.

Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 35, berkata, dia tidak mahu anak-anaknya membesar hanya mengingati tentang penderitaannya sahaja.

“Sudah 22 tahun saya terlibat dalam industri ini dan sudah puas bekerja.

“Inilah masanya saya cipta memori bersama anak-anak. Saya tak mahu bila besar nanti mereka hanya ingat tentang kisah ibunya sakit.

Anak-anak semangat untuk Elyana terus berjuang.

“Tiada apa yang saya kejar lagi. Saya mahu gembira, kesihatan yang baik dan ketenangan,” ujarnya kepada mStar.

Elyana berkahwin dengan Khairul Anuar Husin berkahwin pada 2010.

Saya mahu gembira, kesihatan yang baik dan ketenangan

ELYANA

PENYANYI

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata Cinta Sumayyah, 12 dan memiliki seorang anak angkat iaitu Cahaya Ramadhani yang kini berusia tiga tahun.

Penyanyi lagu Tak Tercapai Akalmu mengumumkan dia menghidap kanser selepas tersingkir daripada program Gegar Vaganza musim keempat pada tahun 2017.

Menerusi pendedahan itu, Elyana memberitahu dia menghidap peny4kit itu sejak 2010 dan jangkaan awal doktor penyanyi itu hanya mampu hidup setahun sahaja.

Namun, pada 8 Disember lalu, Elyana berkongsi berita gembira apabila disahkan bebas daripada peny4kit tersebut.

Bercerita lanjut tentang perkara itu, Elyana berkata berita gembira berkenaan dianggap sebagai satu rahmat buat dirinya.

Elyana teruskan rawatan kemoterapi bagi mencegah kanser kembali.

Tambahnya, dia juga pernah berasa pVtus asa dan reda jika tidak diberikan kesembuhan.

“Selama ini orang selalu bercakap, sabarlah kerana setiap ujian pasti ada pelangi di hadapan.

“Perkara ini terjadi kepada saya. Ini adalah pelangi yang saya nantikan.

“Pernah sebelum ini saya tidak lagi berharap akan sembuh, hanya mahu kuat untuk terus hidup,” ujarnya.

Selain itu, Elyana berkata, dia masih meneruskan rawatan kemoterapi bagi memastikan sel kanser tidak kembali.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page  message

Sumber: Mstar

About admin

Check Also

[VIDEO]”Happy Birthd4y Dzakira Talita Zahra…” Ucapan Hari Lahir Bu4t Talita Buat Ramai Tersentuh

  Semalam merupakan hari ulang tahun anak kedua seorang pelawak, pelakon, pengacara, penyanyi dan penyampai …

Leave a Reply

Your email address will not be published.