Bek4s Atlet Negara Jual Tisu Di Jal4nan Demi Sara Hidup

Nasib hidup seseorang tiada siapa yang boleh menjangka. Tiada yang dapat menjamin, jika hari ini berada di puncak, esok lusa akan terus berada di atas. Inilah yang terjadi kepada atlet ini.

Ketika menjadi atlet yang berjaya mengharumkan nama negara, mereka dijulang dan dipuji. Namun, jika sudah bersara atau beralih kerjaya, tiada yang peduli.

Bekas Atlet Pernah Juara 7 Pingat Emas, 3 Perak Buat Negara

Baru-baru ini, tular kisah kehidupan seorang bekas atlet paralimpik renang negara Koh Lee Peng yang menjual beg tisu buatannya sendiri di sekitar Bukit Bintang demi menyara hidup. Kisah atlet ini mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Rata-rata yang mendengar khabar itu berasa sedih melihat nasib ahli sukan yang pernah mengharumkan negara dengan merangkul 7 pingat emas dan 3 perak, masing-masing ketika beraksi di temasya Sukan Para ASEAN dari 2001 hingga 2005 itu.

Lee Peng Harap Cara Berdikari Diterima

Tidak mengharap simpati masyarakat, Lee Peng yang çąçąէ kedua-dua kaki dan bergerak menggunakan kerusi roda demi mencari rezeki seharian itu berkata, “Kepada siapa lagi saya nak harapkan. Mulut orang saya tak boleh kawal dan apa yang penting saya tahu apa yang saya lakukan.

“Apa yang penting tuhan tahu apa yang saya lakukan dan saya tahu apa saya lakukan. Orang nak tular perkara yang baik atau tidak baik, itu saya tak boleh kawal.

“Orang cakap macam-macam terhadap saya, saya tak boleh buat apa, saya hanya boleh telan air liur saja. Memang kerja saya begini, selesa atau tidak, saya kena teruskan hidup,” kata Lee Peng, 48, yang sebelum ini kisahnya pernah tular pada tahun 2019 itu.

YAKEB Bantu

Menurutnya, Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) ada memberi bantuan namun tidak setiap bulan atau setiap hari, selain masih ramai lagi atlet lain yang memerlukan bantuan.

Difahamkan YAKEB ada menawarkan beliau untuk mengikuti Kursus Kejurulatihan-Sains Sukan Tahap 1 dari 24 hingga 28 Januari ini.

Isu kelangsungan hidup bekas 𝔞𝔱𝔩𝔢𝔱 ini seharusnya menjadi iktibar buat semua ahli sukan yang masih aktif mahupun sesiapa yang berada di puncak karier bahawa kehidupan masa hadapan tidak siapa yang tahu.

Diharapkan beliau serta 𝔞𝔱𝔩𝔢𝔱 senasib beliau diberikan perhatian atau pekerjaan sesuai oleh pihak berkaitan.

Sumber : [Odisi] [BH] [Twitter]

About admin

Check Also

Anak Krltikal & Ditidurk4n, Ibu Kanak2 Termak4n D4dah Rup4nya Sdng Derita K4nser Tahap Lima

  Kisah kanak-kanak empat tahun dari Kelantan yang kini dalam keadaan kritikal selepas dadah jenis …

Leave a Reply

Your email address will not be published.