(video) Cikgu Sebak Melihat Ke4daan Anak Muridnya Y4ng Hanya Tinggal Di B4wah Jambatan Tepi Sungai

Ketika pandemik ini, baru kita lihat dengan lebih jelas bahawa sebenarnya ramai rakyat Malaysia yang hidup susah. Pelbagai ujian ditempuhi bersama keluarga dengan sabar dan berazam akan ada sinar untuk mereka.

Duduk bawah jambatan dengan keluarga

Hal ini dapat dilihat  menerusi satu perkongsian video di Facebook seorang pengguna dikenali sebagai Siti Rianna apabila memuat naik video beberapa orang guru datang ke rumah anak muridnya di bawah jambatan betul-betul tepi sungai.

Pengguna Facebook itu mengakui  sebak melihat kondisi kediaman yang dihuni oleh pelajar tersebut kerana sangat merbahaya memandangkan berada di pinggir sungai besar.

Lihat Video

Kesiannya tengok mereka

Ramai yang sebak melihat tempat tinggal pelajar tersebut kerana sangat tidak selesa jika melihat daripada lokasinya. Walau bagaimanapun, warganet tetap memuji ibu dan bapa pelajar yang dikenali sebagai Tasha itu yang tetap menyekolahkan anak mereka.

Sudah dibantu

Selepas video tersebut viral, Team Unit Kebajikan Pejabat DUN Kemelah telah datang menemui mereka dan menghulurkan bantuan bagi meringankan beban keluarga pelajar bernama Tasha.

Bantuan makanan dan wang ringgit untuk mereka meneruskan kehidupan. Kes mereka juga telahpun di bawa kepada Pihak berkuasa & pihak JKM.

Sumber: Facebook Siti Rianna via ohmymedia

About admin

Check Also

Kes Basik4l Lajak: Kerani Wanita Dibeb4skan Dengan Jamin4n Sementara Rayuan Didengar

PUTRAJAYA, 18 April (Bernama) — Seorang kerani wanita yang ditahan di penjara atas kesalahan memandu …

Leave a Reply

Your email address will not be published.