(video) “ken4pa guna lagu ni, penatlah..” Situasai Cemas Lelaki L4ri Roadblock Disunting D4lam Tiktok Curi Tumpuan R4mai

Apabila tersangkut di jalan raya gara-gara roadblock, sudah pasti ada di antara kita auto cemas walaupun tidak membuat apa-apa kesalahan bukan?

Ada yang tiba-tiba gelabah apabila ternampak anggota polis, terus terfikir lesen dan road tax sudah renew atau belum. Malah, ramai yang mengambil tindakan untuk lari dari roadblock kerana ada kesalahan yang dilakukan.

Namun, berbeza pula dengan sebuah video ini apabila aksi anggota polis trafik mengejar seorang lelaki yang bertindak lari dari roadblock telah mencuri perhatian ramai.

Aksi kejar-mengejar dirakam, siap disunting dengan lagu viral di TikTok

Menerusi video yang dimuat naik oleh @shahh04._, kelihatan polis trafik itu mengejar lelaki berbaju kuning ketika roadblock dijalankan di sebuah lokasi yang tidak diketahui.

Dipercayai, lelaki tersebut cuba meloloskan dirinya daripada roadblock di kawasan itu. Walaupun polis itu mencuba sedaya upaya untuk mengejarnya, suspek terbabit dilihat laju melarikan diri seperti lipas kudung.

Apa yang membuatkan ramai terhibur adalah apabila si perakam sempat menyunting aksi kejar-mengejar itu dengan lagu Gadis Dan Bunga nyanyian Rahimah Rahim sebagai muzik latar.

lihat video

 

@shahh04._ Lari roadblock #videoxfoto #fypシ #fypdongggggggg #fypシ゚viral #fypgakni #fyppppppppppppppppppppppp #xcvbza #viral #fypage ♬ Gadis Dan Bunga – Rahimah Rahim

Situasi serius itu bertukar menjadi lucu gara-gara video tersebut disunting dan berjaya mencuit hati warganet di TikTok.

Video berkenaan telah tular sehingga mencecah 3M tontonan, 237.4K tanda suka serta 11.2K perkongsian di laman TikTok. Rata-rata warganet turut terhibur melihat adegan kejar-mengejar itu. Malah, mereka juga sempat meninggalkan komen lucu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

sumber: says.com

About admin

Check Also

(video) Cikgu Sebak Melihat Ke4daan Anak Muridnya Y4ng Hanya Tinggal Di B4wah Jambatan Tepi Sungai

Ketika pandemik ini, baru kita lihat dengan lebih jelas bahawa sebenarnya ramai rakyat Malaysia yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.