“Insya-Allah Ak4n Diusahakan…” Mahu Tamb4h Anak Lagi

Selepas anak pertamanya, Nur Fatima Aisya kini menginjak usia setahun tiga bulan, pelakon Fazura mengakui ingin menambah seorang lagi cahaya mata.

Fazura berkata, suaminya, pelakon dan penyanyi Fattah Amin juga bersifat terbuka dan bersedia untuk menambah bilangan ahli keluarga.

“Memang sebenarnya perancangan itu ada. Tetapi saya baru kuruskan badan!” ujar Fazura dalam nada berseloroh.

“Semua orang tanya bila saya nak kurus. Jujurnya, ketika baru lepas bers4lin, memang sudah nak turunkan berat badan. Hanya ibu-ibu yang mempunyai anak sahaja tahu.

Sehinggakan saya pernah kena b*dy sh4ming.

“Walaupun saya rasa gembira kerana mendapat kembali berat badan ideal, namun, ia tidak akan membuatkan saya untuk mencuba.

“Insya-Allah, akan diusahakan. Dalam proses. Fattah pula ikut sahaja. Apabila saya utarakan perancangan ini, dia akan bersedia jika saya bersedia,” ujar Fazura kepada Gempak.

Fazura ditemui pada majlis An Evening With Fazura & Besties yang diadakan di ibu kota, semalam.

Dalam perkembangan lain, selain sibuk mengelolakan bisnesnya yang semakin berkembang maju, Fazura turut berkongsi tentang perancangannya dalam bidang seni.

“Buat masa memang saya sibuk sedikit dengan bisnes. Tetapi, ia tidak menjadikan saya lupa terus kepada bidang lakonan mahupun nyanyian.

“Ada skrip dan tawaran yang diterima tetapi saya perlu sesuaikan dengan jadual harian saya sebagai seorang ibu. Tidak mahu tinggalkan anak terlalu lama di rumah.

“Berkenaan dengan bidang nyanyian pula, ada beberapa lagi lagu yang belum sempat untuk diluncurkan. Harapnya, saya dapat berbuat demikian dalam masa terdekat,” ujar Fazura lagi.

Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga dalam sebuah majlis tertutup di sebuah hotel pada 27 November 2017.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook message

Sumber: Gempak

About admin

Check Also

Ziana Zain tak ber4ni tutup pintu hati, t4kut ada jodoh di masa hadapan

  EMPAT tahun bergelar ibu tunggal, Ziana Zain memberitahu dia tidak memikirkan soal jodoh sebaliknya …

Leave a Reply

Your email address will not be published.