Ini Yang Alif Az1z Bu4t Sehingga Dia Din0batkan Sebag4i Ju4ra GV8

 

Ramalan! Penyanyi Aliff Aziz muncul juara Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada malam Ahad.Aliff, 30, yang berasal dari Singapura itu membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi.Pada program akhir itu, Aliff menyanyikan lagu Sampai Syurga serta duet lagu Dealova bersama Hafiz Suip.Pusingan b4ttle pula Aliff berentap dengan Aweera menerusi lagu Bangun.

Aweera (kanan) berentap dengan Aliff di pusingan battle menerusi lagu Bangun.

Suami kepada Bella Astillah itu menunjukkan persembahan bertenaga dan konsistan sejak minggu pertama GV8 bersiaran.Sementara itu, naib juara adalah milik Nikki Palikat yang membawa pulang wang tunai RM50,000 dan trofi. Suki Low menduduki tempat ketiga dengan membawa pulang wang tunai RM30,000 dan trofi.

Nikki (kanan) naib juara, Suki tempat ketiga.

Tempat keempat jatuh kepada Adibah Noor, manakala kelima milik Azan Scan dan Aweera dikedudukan keenam. Masing-masing membawa pulang wang tunai, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 berserta trofi.Pentas akhir GV8 dihostkan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Azan Scan dan Adibah masing-masing bawa pulang RM20,000 dan RM15,000.

Barisan juri terdiri daripada Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Joe Flizzow sebagai juri jemputan.Program realiti nyanyian yang bersiaran selama 10 minggu itu turut disertai kumpulan Shidee, Nico G, Datuk Fazley Yaakob, Upiak, Bandi Amuk, Saiful Apek & Yassin (SA.YA) dan Ani Mayuni.

Bella Astillah Lebih Lantang Berper4ng Dengan Netizen, Aliff Aziz; “Sebagai Isteri, Mungkin Dia Terbawa Dengan Perasaan …”

Bintang Gegar Vaganza 8 (GV8), Aliff Aziz menyifatkan tindakan isterinya, Bella Astillah yang lebih lantang bersuara di media sosial setiap kali datang ser4ngan dari netizen sebahagian daripada mainan perasaan.Jelas Aliff, sebagai isteri, Bella lebih bersikap melindungi dan barangkali enggan melihatnya tertekan setiap minggu apabila muncul kata-kata tidak manis dari netizen.

“Saya ada cakap dengan Bella juga kita perlu hormati pendapat semua orang juga, setiap orang berhak menyatakan pandangan sama ada betul atau tidak itu biar Allah saja yang tahu.

“Mungkin dia sebagai isteri terbawa dengan perasaan dan saya menganggap ia just a pinch of salt. Saya hanya tawakal, anggap setiap apa yang terjadi dalam kehidupan kita adalah susunan daripada Allah,” katanya kepada Gempak.

Terdahulu, di media sosial terutamanya Twitter, Bella menjadi individu paling lantang bersuara setiap kali netlzen mengec4m, mengkrltik atau tidak berpuas hati dengan persembahan Aliff di pentas GV8.Dalam pada itu, Aliff tampil mengulas mengenai pandangan segelintir pihak yang menganggap kemaraannya ke pentas akhir GV8 tidak layak.

“Ini semua rezeki Allah dah tentukan. Orang kata anak emas, ada kata favouritisme tapi semua orang punyai pendapat sendiri dan perlu hormati, sama ada betul atau tidak Allah saja yang tahu.

“Tapi bagi saya apa yang Allah dah susun ni kita bersyukur dan saya cuma harap semua orang tenang-tenang saja insya-Allah. Tak perlu g4duh-g4duh, apa yang terjadi Allah dah susun.

“Mungkin rezeki saya kali ini, saya pun tak jangka sebenarnya. Ramai yang hebat-hebat Masya-Allah,” ulasnya.Malah, ketika ditanya mengenai lagu ‘makanan’ yang diberi untuk pentas akhir pada Ahad ini, Aliff menganggap ia subjektif.

“Masya-Allah, pada komen yang baik atau tidak baik, terima kasih banyak-banyak kerana memberi input. Setiap orang punyai pendapat sendiri dan saya menghormati semua seperti saya katakan sebelum ini.

“Tetapi saya harap untuk pentas akhir ini bersama-sama kita tenang-tenangkan diri kita dan sama-sama buka minda dan hati kita untuk enjoy konsert final nanti.

“Soal makanan atau tidak itu subjektif kepada semua orang. Macam lagu pada malam konsert separuh akhir ada yang rasakan lagu Taufik Batisah (Sesuatu Janji) itu lagu mudah tapi untuk saya ada cabarannya tersendiri dan ada bahagian yang saya perlu perbaiki.

“Tapi bukan untuk saya menceritakan kerana tugas saya sebagai penghibur untuk menghiburkan, apa saja masaIah atau cabaran kita kena tanggung atas bahu kita sebagai penghibur.

“Jadi saya harap doakan yang baik-baik kepada semua bukan hanya kepada saya,” tambahnya.

Aliff bakal menyanyikan lagu Sampai Syurga (Faizal Tahir) dan Dealova (Once) berduet bersama Hafiz Suip pada konsert akhir Ahad ini.

GV8 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse dan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

Teruskan menonton GV8 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.Rangkaian program GV8 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ yang akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang bermula 15 November.

Bagi yang terlepas untuk menonton, program ‘Kompilasi Kapsul Gegar Vaganza S8’ akan disiarkan khas pada setiap hari Sabtu, jam 7.00 malam mulai 20 November 2021.

Aliff Ketuai Bacaan Doa

Rupanya Aliff Aziz Mengetuai Bacaan Doa Bersama Kawan Dan Para Peserta Finalis GV8 Sebelum Acara Bermula,Ada Video Nya

Olahan Team Walla   via rs7

About admin

Check Also

Selepas Tular Gambar Rumah Dek4t Pangsapuri Berub4h Jadi Teres, Ini Jawapann Dari MBPJ

  Kuala Lumpur – “Rumah flat, selera teres.” Itu antara reaksi netizen selepas melihat gambar yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.