Su4mi deng4r isteri sebut ‘Allahuakbar’ sebelum dirempuh

Kota Bharu: “Saya sempat mendengar arwah isteri sebut ‘Allahuakbar’ sebelum kami dirempuh kenderaan itu dan menyebabkan isteri serta tiga anak kami tercampak keluar dari kenderaan.

“Saya tidak sempat berbuat apa-apa dan tidak nampak kehadiran kenderaan berkenaan di hadapan kereta kami,” kata Mohd Nazri Hamid, 44.

Isteri Mohd Nazri, Raihan Mohamad, 43, meninggal dunia dalam kemalangan di Jalan Lebu ke Mempaga dekat Bentong, 2.30 petang, semalam.

Tiga anak mereka, Ahda Dalili Mohd Nazri, 14; Ahmad Muaz, 7; dan Ahda Imtinan, 5, turut meninggal dunia dalam kemalangan membabitkan kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki keluarga itu dan pacuan empat roda.

Mohd Nazri yang juga guru Sekolah Kebangsaan (SK) Aring, Gua Musang berkata, mereka sekeluarga bersama abang iparnya, Mohd Zaid, 46, bertolak dari kuarters kediaman di Felda Aring 1, 10 pagi semalam untuk menghadiri kenduri kahwin anak saudara isterinya di Kajang, Selangor.

“Saya memandu kereta di hadapan, manakala abang ipar sekeluarga yang menaiki Mitsubishi Pajero berada di belakang di sepanjang perjalanan itu.

“Anak kedua saya, Ahmad Awaz, 12, dan ketiga, Ahdan Fasihah, 11, menumpang kereta abang ipar. Di sepanjang jalan kami tidak berhenti namun, sebaik sampai di lencongan Sungai Koyan, ada satu treler terbalik dan menyebabkan perjalanan kami tergendala selama setengah jam.

“Selepas itu, kami meneruskan perjalanan dan berhenti di lampu isyarat di lokasi kejadian. Saya meneruskan pemanduan selepas melihat dua kereta di hadapan bergerak sebaik lampu isyarat bertukar hijau sebelum kereta kami dirempuh kenderaan itu,” katanya.

Menurutnya, kenderaan abang iparnya berada di belakang dan terlepas daripada nahas berkenaan.

Beliau reda dengan kejadian itu yang menyebabkan isteri dan tiga anak meninggal dunia di hadapan matanya.

“Saya reda dengan kejadian ini dan berterima kasih kepada semua yang prihatin membantu kami di lokasi kejadian sehingga jenazah kesemuanya dikebumikan,” katanya.

Sumber : HM

About admin

Check Also

Kes Basik4l Lajak: Kerani Wanita Dibeb4skan Dengan Jamin4n Sementara Rayuan Didengar

PUTRAJAYA, 18 April (Bernama) — Seorang kerani wanita yang ditahan di penjara atas kesalahan memandu …

Leave a Reply

Your email address will not be published.