(Video) Baitul Maqdis Dil4nda Ribut Salji Leb4t

Salji lebat dilaporkan turun di Baitul Maqdis dan fenomena tersebut dikatakan jarang berlaku di sana, berkemungkinan hanya terjadi sekali dalam tempoh musim sejuk.

Menurut laporan Independent, lebuhraya, laluan-laluan utama, sekolah serta premis perniagaan dikatakan ditutup untuk memberi ruang kepada kerja-kerja pembersihan jalan di Baitul Maqdis yang dilitupi salji sejak semalam.

Lapor Arab News, ribut salji tersebut telah melanda daerah Baitul Maqdis dan kawasan-kawasan di bahagian Timur Mediterranean, membawa angin serta hujan lebat ke wilayah Timur Tengah.

Jabatan meteorologi Israel memaklumkan bahawa lebih dari 25 sentimeter salji turun di kawasan berkenaan sejak Rabu malam dan autoriti setempat mengambil masa untuk membuka semula laluan utama menuju ke Baitul Maqdis.

Pihak polis Israel memetik Al-Jazeera juga telah menutup laluan lebuh raya utama di kawasan pergunungan di Tebing Barat ekoran keadaan jalan yang berbahaya.

Difahamkan, kawasan selain Baitul Maqdis seperti bandaraya Istanbul, Turki dan Athens, Greek telah pun dilitupi salji sejak awal minggu ini.

Sementara itu, pemandangan Baitul Maqdis dilitupi salji ini juga dapat dilihat di Kubah Al-Sakhrah atau turut dikenali sebagai ‘Kubah Batu’ yang terletak di dalam kompleks Masjid Al-Aqsa.

Sumber: Al-JazeeraIndependentArab News

About admin

Check Also

Tak Setuju Pas4l Pelitup Mask Sirim, Sek4li Ini Respon Jaafar Onn Buat Ramai Yang Terkedu

  Kurang bersetuju dengan cadangan penguatkuasaan pelitup muka perlu ada kelulusan Institut Piawaian dan Penyelidikan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.