Neelofa Sel4mat Bersalin, Kongsi N4ma Putera Sulung

PENGACARA dan usahawan popular, Noor Neelofa Mohd Noor, 33, telah selamat melahirkan cahaya mata sulung yang juga bayi lelaki pada 3.44 petang, 29 Januari lalu.

Menurut suaminya, yang juga pelakon dan pendakwah bebas, Haris Ismail atau lebih dikenali dengan panggilan PU (Pencetus Ummah) Riz, 26, Neelofa dan anak mereka kini berada dalam keadaan baik.

“Syukur Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan, kini isteri saya sedang berehat dan kami sedang melalui satu fasa yang sangat menggembirakan untuk kami sekeluarga.

“Saya dan Neelofa ingin merakamkan jutaan penghargaan dan rasa penuh bersyukur atas doa yang dikirim oleh anda semua. Terima kasih atas ingatan kalian sejak kami mendirikan rumah tangga sehinggalah kami menimang cahaya mata.

“Sebagaimana kalian mendoakan kesejahteraan saya dan isteri tahun lalu, mohon titipkan juga doa-doa yang baik agar zuriat yang berada di pangkuan kami ini mampu menjadi khalifah yang dapat memberikan kebaikan kepada agama dan negara,” ujarnya dalam satu kenyataan media pada Isnin.

Dalam pada itu, Haris dan Neelofa sepakat untuk menamakan anak mereka Muhammad Bilal Muhammad Haris yang membawa maksud Yang terpuji, dirahmati, dan titisan embun.

Bagaimanapun pasangan itu belum bersedia untuk berkongsi gambar bersama anak mereka.

Neelofa dan Haris selamat bernikah di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac tahun lalu.

Empat bulan selepas berkahwin, berita mengenai kehamilan Neeofa hangat diperkatakan umum, namun pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot itu memilih untuk tidak berkongsi lanjut mengenai status kandungannya dan berpendapat lebih baik berkongsi tentang kelahiran.

Sumber : Sinar Harian

About admin

Check Also

Ziana Zain tak ber4ni tutup pintu hati, t4kut ada jodoh di masa hadapan

  EMPAT tahun bergelar ibu tunggal, Ziana Zain memberitahu dia tidak memikirkan soal jodoh sebaliknya …

Leave a Reply

Your email address will not be published.