“Ready to go home” Neelofa D4h ‘Dlscharge’ Dari H0spltal, Bilik Bilal Pula R4ih Perhatian Ramai

Setelah beberapa hari berada di hospital dan melahirkan cahaya mata sulung, Neelofa akhirnya dibenarkan pulang ke rumah hari ini. Perkongsian tersebut dibuat oleh Neelofa sendiri menerusi akaun Instagram miliknya. Alhamdulillah.

Ready to go home

Umum mengetahui, Neelofa selamat melahirkan anak sulungnya pada 29 Januari yang lalu. Neelofa dan suami telah bersepakat memilih nama Muhammad Bilal Bin Muhammad Haris untuk putera sulung mereka. Boleh dikatakan hampir seminggu berada di hospital, usahawan ini akhirnya dibenarkan pulang ke rumah.]

Menerusi Instagram Story, Neelofa memuat naik video persediaannya untuk pulang ke rumah. Segala kelengkapan yang telah dibawa semasa ke hospital, telahpun disusun semula untuk dibawa pulang. Neelofa turut memuat naik emoji bersyukur kerana segala urusannya untuk bersalin dipermudahkan oleh Allah.

Bukan itu sahaja, Neelofa turut memuat naik foto bilik tidur anaknya di Instagram Story. Bilik yang dicat dengan warna putih itu kelihatan sangat selesa dan sesuai buat Bilal yang baru lahir. Difahamkan, bilik tersebut diubahsuai khas buat Bilal sebelum Neelofa bersalin lagi.

Bilik Bilal

Berbicara mengenai proses berpantang, Neelofa dipercayai menjalani proses berp4ntang di rumahnya sendiri. Di samping itu, Neelofa dipercayai mengambil pembantu bagi menguruskannya ketika berpantang. Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! makanan berp4ntang Neelofa disediakan oleh ibunya sendiri iaitu Datin Noor Kartini.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by neelofa.fans (@lofa.world)


Pengacara dan usahawan Neelofa selamat melahirkan anak sulung di sebuah pusat perubatan kira-kira pukul 3.44 petang Sabtu.Suaminya, Haris Ismail atau PU Riz memaklumkan Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor dan bayi mereka kini berada dalam keadaan baik.

Dalam pada itu, Haris turut memberitahu mereka memilih nama Muhammad Bilal untuk bayi berkenaan.

“Alhamdulillahirabbil’alamin. Puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah SWT untuk segala berkat dan rahmat-Nya, isteri saya, Noor Neelofa Mohd Noor telah selamat melahirkan Putera sulung kami pada 29 Januari 2022 jam 3.44 petang.

“Syukur Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan, kini isteri saya sedang berehat dan kami sedang melalui satu fasa yang sangat menggembirakan untuk kami sekeluarga,” ujarnya.

Dalam pada itu, Haris turut mengucapkan terima kasih atas doa orang ramai terhadap dia dan isteri sejak mereka berkahwin.

“Saya dan Neelofa ingin merakamkan jutaan penghargaan dan rasa penuh bersyukur atas doa yang dikirim oleh anda semua.

Sumber : Ohbulan

About admin

Check Also

Masih Ing4t Pelakon Cilik ‘Buntat’? Kehidup4n Dia Sekar4ng Raih Perhatian Netizen

  Jika imbas kembali, buat pengg3mar drama bersiri melayu tempatan pastinya tidak akan lupa pada …

Leave a Reply

Your email address will not be published.