Jabatan Meteorologi Malaysia sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir serta hujan lebat yang dijangka melanda beberapa buah negeri sehingga jam 8 malam, 4 Februari 2022.
Amaran yang dikeluarkan pada pukul 3:30 petang tadi menunjukkan terdapat 11 negeri dijangka dilanda ribut petir.
Antara kawasan yang dijangka terlibat adalah di seluruh Perlis dan beberapa kawasan di Kedah iaitu di Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda dan Sik.
Beralih ke negeri Perak antara kawasan Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim manakala di Pahang pula melibatkan kawasan Jerantut, Bentong, Temerloh dan Maran.
Selain itu, Selangor melibatkan kawasan Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat) serta seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Kawasan yang dijangka terlibat di Negeri Sembilan Jelebu, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin, seluruh kawasan negeri Melaka serta di beberapa kawasan di Johor, Tangkak, Muar, Batu Pahat, Mersing dan Pontian
Beralih di sebelah Semenanjung pula, kawasan di Sarawak melibatkan Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu, Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu manakal di Sabah, Pedalaman (Beaufort), Pantai Barat (Papar, Tuaran dan Ranau), Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod, Telupid dan Kinabatangan).
Bagi negeri-negeri yang dijangka terlibat dengan ribut petir dan hujan lebat, anda dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dan terus berada di dalam rumah sekiranya tiada urusan di luar.
Sumber: MetMalaysia