Pasangan selebriti, Fazura dan Fattah Amin sememangnya antara yang begitu popular dengan mempunyai ramai peminat. Mana tidaknya, sikap humble ditambah pula perangai lucu mereka membuatkan pasangan ini disenangi peminat dan penyokong.
Jarang terpalit kontroversi juga antara sebab pasangan sama cantik, sama padan ini berterusan diminati dan cahaya mata pertama mereka, Nur Fatima Aisya juga antara si cilik yang sering menjadi perhatian.
View this post on Instagram
Terbaharu, gelagat mesra Fazura dan Fattah Amin membuatkan mereka menjadi perbualan di aplikasi, TikTok selepas menghasilkan satu video bersama yang mana, pasangan bagai pinang dibelah dua ini juga mendapat ribuan tanda suka daripada warganet.
Fazura mahupun Fattah Amin juga kini antara pasangan selebriti yang sering tular dimana perangai lucu mereka sering mengundang gelak besar ramai.
Kali ini juga, kedua-dua pelakon terkenal ini menghiburkan peminat mereka lagi apabila Fazura dan Fattah Amin dilihat miming satu sound dan nampaknya gelagat mereka itu mencuit hati warga TikTok selepas dikongsikan.
Namun begitu, kecomelan Fazura dan suaminya itu dalam video terbabit menerima pujian oleh warga TikTok dan rata-ratanya juga suka dengan pasangan selebriti bahagia berkenaan yang ternyata turut kelakar.
“Arghhh comel”
Tunggu dulu, anda pasti juga tidak ingin ketinggalan untuk membaca kisah-kisah yang disediakan menarik ini di bawah seperti berikut:
Sumber:HCL