Tim4ng Anak Ketiga, Nubhan Hadiahk4n Klinik Gigi Untuk Isteri

Baru menimang cahaya mata ketiga pada Januari lalu, hasrat penyanyi Nubhan Ahamad membuka klinik gigi untuk isterinya Dr Afifah Hidayah Tawfek menjadi kenyataan.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Nubhan berkata kejutan itu adalah sempena isterinya melahirkan cahaya mata mereka.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NUBHAN AHAMAD (@nubhan.ahamad)

Nubhan turut meluahkan rasa syukur akhirnya impian isterinya utnuk memiliki klinik sendiri tercapai dan gembira dapat menunaikan impian isterinya itu.

“Alhamdulillah… impian isteri saya @drfietawfek dah tercapai! Dia nak sangat klinik gigi sendiri… mungkin rezeki baby baru ni.

“Sebagai suami, saya akn sentiasa menjadi tulang blakang depan kiri dan kanan wife saya. Dan merealisasikan impian org tersayang adalah satu kebahagiaan buat saya,” tulisnya.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NUBHAN AHAMAD (@nubhan.ahamad)

Menurut Nubhan Klinik Pergigian Lantara milik isterinya yang terletak di Bandar Sri Sendayan, Seremban itu akan beroperasi tidak lama lagi.

Terdahulu, isteri Nubhan merupakan seorang pegawai pergigian namun meninggalkan kerjaya tersebut sekitar tahun 2020 demi menguruskan rumah tangga dan perniagaan bersama suami.

Nubhan mendirikan rumah tangga dengan Afifah pada 20 Ogos 2015 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata Aafiya Kamilia, 5, Ahmad Aafan,4 dan Afzan kini berusia 21 hari.

Sumber : Rotikaya

About admin

Check Also

Masih Ing4t Pelakon Cilik ‘Buntat’? Kehidup4n Dia Sekar4ng Raih Perhatian Netizen

  Jika imbas kembali, buat pengg3mar drama bersiri melayu tempatan pastinya tidak akan lupa pada …

Leave a Reply

Your email address will not be published.