Tak Pern4h Dibuat Orang, Rakan Pengantin Hadiahkan Bar4ng Rumah Lengkap – Tong Gas Pun Dap4t

Setiap kali cuti panjang atau cuti perayaan, ramai tidak melepaskan peluang untuk memenuhi jemputan kahwin rakan-rakan dan saudara mara.

Seperti biasa, jika menghadiri majlis kahwin rakan pasti perlu sediakan hadiah atau duit ‘salam kaut’. Tak manis pula jika datang dengan tangan kosong.

Baru-baru ini tul@mfxhmi memaparkan rakan-rakan pengantin baru datang ke majlis dengan membawa hadiah.

Namun, apa yang menjadi perhatian hadiah yang dibawa mereka sememangnya lain daripada yang lain dan tak pernah dibuat orang.

Mana tidaknya ada yang membawa penapis air, tong gas, dapur gas, sabun basuh baju, tudung saji dan macam-macam lagi yang boleh digunakan oleh pengantin.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur dengan gelagat dan hadiah yang dibawa rakan-rakan pengantin itu.

Malah, ada yang meluahkan rasa seronok melihat rakan-rakan seperti itu yang gila-gila tetapi tetap membantu kawan yang baru hendak memulakan hidup baru.

Tidak kurang juga, ada yang mengatakan hadiah diberikan best belaka dan memberi manfaat kepada pengantin daripada bagi benda merepek.

SUMBER: TikTok

About admin

Check Also

GILIR4N USAHAWAN YG PENUH KONTROVERSI, SAFIEY ILIAS PULA AKAN BERHIJRAH KE NEGARA L4IN SEPERTI SAJAT. INI NEGARA YG DIA PILIH

Sebelum ini kita digegarkan oleh penghijrahan usahawan kosmetik yang popular dengan kontroversi iaitu Sajat ke …

Leave a Reply

Your email address will not be published.