” YANG NYANYI SUMB4NG PUN SED4R TAK AWAK DIJ4DIKAN BAHAN L4WAK ?’

Baru-baru ini, hangat diperkatakan mengenai satu program nyanyian yang mencetuskan kontroversi apabila mengambil individu yang tidak sesuai sebagai peserta.

Susulan itu, rata-rata netizen melemparkan komen negatif menyifatkan program tersebut hanya sekadar mahu mengejar rating sahaja. Perkara itu turut mendapat perhatian pengacara dan pelakon Dato’ AC Mizal tampil bersuara mengenai kontroversi tersebut.

Katanya lagi, adalah lebih baik jika beri peluang kepada mereka yang boleh menyanyi. AC Mizal turut mempersoalkan mengapa mahu viral dengan perkara negatif dan tindakan itu boleh membunuh industri hiburan.

“Bagilah betul-betul peluang kepada yang boleh menyanyi. Kenapa sekarang nak sangat jadi viral dengan perkara negatif hmmm MALU WOO!Betul betul merosakan industri. We are killing our own industri will this stupidity,” tulisnya.

Menerusi perkongsian di Facebook itu, AC Mizal turut menegur pihak produksi yang sudah belanja berjuta ringgit untuk program berkenaan tetapi penyanyi sumbang yang lebih diingati oleh penonton.

“U belanja berjuta untuk satu show dan yang orang ingat adalah penyanyi sumbang! Fuhhh tak fikir ROI ke?Rosak branding!Yang nyanyi sumbang pun sedar tak awak dijadikan bahan lawak?Keturunan u tak malu ke?,” katanya.

Perkongsian AC itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan pendapat pengacara itu kerana tindakan mengejar rating itu boleh menjatuhkan industri seni.

Sumber : ROTIKAYA

 

About admin

Check Also

Ziana Zain tak ber4ni tutup pintu hati, t4kut ada jodoh di masa hadapan

  EMPAT tahun bergelar ibu tunggal, Ziana Zain memberitahu dia tidak memikirkan soal jodoh sebaliknya …

Leave a Reply

Your email address will not be published.