(Video) Su4mi Sorok Rantai Emas Dalam Kek, Lep4s 3 Hari Baru Isteri Jumpa

Bila tiba hari istimewa seperti hari lahir insan tersayang, sudah pasti anda akan tercari-cari hadiah apa yang sesuai untuk dijadikan hadiah.

Kadangkala sehingga pening kepala memikirkan kejutan atau hadiah yang terbaik untuk diberikan kepada pasangan masing-masing.

Seperti kejutan yang diterima oleh wanita ini dari suaminya yang menghadiahkan seutas rantai emas dengan cara yang tak disangka-sangka.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok @aien_suraya, rantai emas itu telah ‘disorok’ di dalam kek hari lahirnya dan dia hanya menyedari hadiah berkenaan selepas tiga hari.

”Tarikh 3/2/22 potong kek, 6/2/22 jumpa hadiah dalam kek. Nasib baik terdetik nak makan, betul-betul surprise,” tulisnya.

 

Jelas Aien, dia dia hampir sahaja memberikan kek itu kepada jiran sebelum anaknya menemui rantai emas berkenan ketika makan di bahagian tengah kek.

”Kebetulan masa potong kek hari tu separuh je makan, lepas tu simpan dalam peti ais selama tiga hari.

“Ni pun sebab anak dah korek makan kat tengah. Kalau tak, memang tak tahu ada emas”, tambahnya.

 

@aien_suraya Reply to @bieylafaira ♬ suara asli – rafaaldiansyah

Video berdurasi 12 saat itu telah meraih 2.1 juta tontonan dan 52.2k tanda suka hanya dalam tempoh 48 jam dimuat naik.

Warganet yang membanjiri ruangan komen memberikan pelbagai reaksi. Ada yang mengatakan pemilik video beruntung dan gembira melihat kejutan yang diterima wanita itu.

Wow, beruntung tu..

Sumber: TikTok

About admin

Check Also

“Bersongkok Tapi P4kai Singlet?”-PU SYED Beri Tazkirah ‘Free’ Pad4 Aliff Syukri

Pencetus Ummah (PU) dan pendakwah bebas, PU Syed Bakri tampil memberikan sedikit ‘tazkirah’ kepada usahawan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.