Puteri Balqis Mohon Maaf, Har4p Mia Sara Tak Ulangi Perbu4tan Sama

Hangat diperkatakan perbalahan antara dua pelakon remaja ini sejak dua hari lalu, bagaimanapun akhirnya terlerai apabila Puteri Balqis memohon maaf kepada Mia Sara.

Menerusi video dimuat naik di Instagram, Puteri Balqis memohon maaf secara terbuka kepada Mia dan bapanya, Uncle Ridzuan di atas kenyataan balasnya sebelum ini.

 

“Jauh di lubuk hati, saya ingin memohon maaf kepada awak, Mia Sara. Saya juga memohon maaf seikhlas hati kepada bapa awak, Pakcik Ridzuan serta semua peminat dan penyokong awak,” tulisnya.

Menurut Balqis, dia mengakui tersinggung dengan komen mendakwa dia tidak dibesarkan dengan baik serta menyifatkan ianya fitnah.

“Aqish dengan ibu buat hal kami sendiri dan kami tak kacau orang. Jadi, saya tersinggung dengan salah satu komen secara terbuka mendakwa saya tidak dibesarkan keluarganya dengan baik. Itu adalah satu fitnah yang besar.

“Saya tidak menunjukkan kasih terhadap Tuhan menerusi gambar, sebaliknya menerusi puisi karangan saya dan tidak ramai menyedarinya,” katanya.

Dalam pada itu, Balqis turut menasihati Mia supaya tidak mengulangi perbuatannya itu lagi serta berterima kasih dengan sokongan diberikan oleh peminat.

“Tolong jangan ulangi apa yang telah awak lakukan ini dan saya harap kita dapat teruskan hidup masing-masing. Terima kasih,” katanya.

Sumber : ROTIKAYA

About admin

Check Also

[VIDEO]”Happy Birthd4y Dzakira Talita Zahra…” Ucapan Hari Lahir Bu4t Talita Buat Ramai Tersentuh

  Semalam merupakan hari ulang tahun anak kedua seorang pelawak, pelakon, pengacara, penyanyi dan penyampai …

Leave a Reply

Your email address will not be published.