“Saya Memang Kawan Deg4n Shuib”- Akhirnya Wan Sharmila Buat Peng4kuan Ini

GARA-GARA sebuah video memperlihatkan anak perempuan Allahyarham Siti Sarah iaitu Dzahira Talita Zahra memeluk seorang wanita, nama pelakon Wan Sharmila pula dipetik netizen.

Rata-rata netizen mula membuat spekulasi bahawa wanita misteri itu adalah pelakon drama 7 Hari Mencintaiku.

Bagaimanapun Wan Sharmila atau mesra disapa sebagai Lala tampil menjelaskan bahawa dia bukanlah individu dalam video tersebut.

“Percaya ke itu Wan Sharmila? Apabila saya tengok video itu, tak rasa terkejut pun. Saya akui memang ada iras saya… lebih kurang muka kami.

“Tapi yang pasti, wanita itu bukan saya. Mungkin dari sisi tepi itu nampak sama, sebab itu netizen petik nama saya,” katanya kepada mStar.

Sebelum ini, nama Wan Sharmila disebut sebagai wanita dalam video anak perempuan Shuib dan arwah Siti Sarah.

Menerusi video yang dikongsikan di Instagram arwah Sarah, Talita, 9, dilihat begitu mesra memeluk wanita yang identitinya dirahsiakan.

“Saya kenal Shuib sebab pernah bekerjasama. Arwah Siti Sarah pun baik dengan saya. Bukanlah kawan rapat tapi baik sebagai rakan selebriti.

“Masa arwah meninggal dunia, saya ada la ucap takziah pada Shuib. Tapi tidak la berhubung selalu. Ada juga tegur-tegur biasa saja,” ujarnya.

Menerusi temubual bersama mStar sebelum ini, Shuib mengaku sedang berkawan rapat dengan seorang wanita namun hubungan tersebut belum serius.

Sementara itu, Wan Sharmila memberitahu dia ada sedikit kebimbangan sekiranya andaian netizen boleh menggores hati wanita yang sedang berkawan dengan Shuib.

“Saya tak kisah pun nama dipetik… cuma harap netizen tidak berkata lebih-lebih, bimbang menyinggung perasaan orang lain.

“Takut juga nanti wanita yang memang tengah berkawan dengan Shuib, terasa hati pula asyik nama saya saja disebut.

“Lagipun saya sendiri tak pernah terfikir pun saya ini sesuai dengan Shuib… bagai langit dan bumi,” katanya.

Untuk rekod, Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 di PPUKM, Kuala Lumpur.

Anak Siti Sarah peluk wanita mana? Ramai syak bakal ibu t1ri

VIDEO anak perempuan Allahyarham Siti Sarah iaitu Dzahira Talita Zahra memeluk seorang wanita mengundang tanda tanya dalam kalangan netizen.

Menerusi video yang dikongsikan di Instagram arwah Sarah, Talita, 9, dilihat begitu mesra memeluk wanita yang identitinya dirahsiakan.

“Aunty kesayangan teman Dekta (Talita) kerja.

“Kalau tiada aunty, tak nak kerja. Nasib baik aunty tak sibuk… rajin melayan,” tulis pengendali akaun tersebut pada ruangan kapsyen.

Wajah wanita berkenaan bagaimanapun tidak kelihatan dengan jelas apabila ia disunting dengan meletakkan emoji.

Namun menerusi ruangan komen, netizen mula berteka-teki dan nama pelakon Wan Sharmila disebut sebagai wanita dalam video berkenaan.

“Macam Wan Sharmila.

“Macam Wan Sharmila bulu mata lentik begitu,” komen netizen.

Sebelum ini menerusi temubual bersama mStar, Shuib mengaku sedang berkawan rapat dengan seorang wanita namun hubungan tersebut belum serius.

Malah dia juga sudah mendapat lampu hijau daripada ibunya untuk mencari teman pengganti.

Shuib dan Sarah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011.

Selain Talita, mereka juga dikurniakan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang baru berusia 6 bulan.

Ayash dilahirkan secara pembedahan ketika arwah Sarah dimasukkan ke hospital akibat jangkitan Covid-19.

Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 di PPUKM, Kuala Lumpur.

Sumber: mstar

About admin

Check Also

[VIDEO]”Happy Birthd4y Dzakira Talita Zahra…” Ucapan Hari Lahir Bu4t Talita Buat Ramai Tersentuh

  Semalam merupakan hari ulang tahun anak kedua seorang pelawak, pelakon, pengacara, penyanyi dan penyampai …

Leave a Reply

Your email address will not be published.