“T4k kena beli sendiri d4h, dia dah baw4k bekal!”-Si Cilik Viral Ni Kemb4li Lagi Berceloteh!

Korang semua ingat lagi tak si cilik cakap utagha yang pernah viral dulu dengan tagline “makanan pun beli sendiqi naa…” tu? Mesti ingat kan? 

Lama kan tak dengar berita adik ni? Videonya yang sedang berceloteh dalam kereta baru pulang dari sekolah dengan kain yang basah, sambil makan roti itu telah berjaya tular suatu ketika dahulu. Kalau dilihat di aplikasi Whatsapp, pasti kebanyakan korang ada muka adik ni jadi sticker kan?

Tapi, si cilik viral ni sekarang dah buat comeback! Dia yang lebih senang dengan panggilan Mayah ini masih berjaya menghiburkan orang ramai dengan keletah bersahajanya. Kalau korang tak percaya, korang cuba tengok video perkongsian di bawah!

 

 

Menurut perkongsian daripada saudari Puteri Seri Mawar ini, si cilik bernama Adyna Summayyah kini dipercayai sudah berumur  8 tahun. Kalau korang tengok, adik Mayah ni dah tak beli makanan ‘sendiqi’ dah, dia dah bawa bekal guys!

Video berdurasi hanya 25 saat ini, telah berjaya meraih jumlah tontonan sebanyak hampir 2 juta penonton dalam masa tak sampai sehari! Hebat betul penangan adik Mayah ni!

“Ni tandanya manusia berubah,” kata Mayah ketika menjelaskan mengapa kini hujung tudungnya tidak lagi bulat dan kini berbentuk tajam. Cerdik betul!

Jika dilihat di ruangan komen pula, bermacam-macam reaksi yang diberikan oleh netizen kepada adik Mayah ni! Ada yang memuji gaya percakapannya yang lemah lembut ketika bercakap dengan bayi, ada juga yang terhibur dengan keletahnya berceloteh. Comel betul!

Terhibur tengok video comeback adik Mayah ni. Terbayang muka dia masa tudung bulat dulu! Hahaha

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : lobakmerah

About admin

Check Also

“An4k Kata Nak Balik Terus..”- Ayah Seb4k, Dedah Kata2 Akhir Arwh, Rupanya Dah Beri

  Rentetan insiden membabitkan lima sekawan pada awal pagi tadi, bapa kepada salah seorang pelajar …

Leave a Reply

Your email address will not be published.