Sememangnya ramai pelakon kanak-kanak yang mendapat perhatian umum dengan bakat mereka terutama sekitar tahun 2000 yang memaparkan wajah-wajah comel pelakon cilik yang bakatnya dikagumi oleh penonton.
Walau bagaimanapun, pelakon- pelakon cilik tersebut telahpun semakin dewasa dengan kehidupan tersendiri. Antara pelakon si cilik yang sehingga kini sering menjadi perhatian, Mia Sara dan Rykarl Iskandar, 16 tahun.
Kedua-dua pelakon terkenal itu sebelum ini pernah viral dengan ramai yang tidak menyangka, si cilik selebriti yang disukai ramai dimana sering muncul dikaca televisyen dengan pelbagai kisah menarik kini sudah dewasa.
Terbaharu pula satu klip video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok menyebabkan ramai menggamit memori dengan bakat lakonan Mia Sara mahupun Rykarl Iskandar.
Malah salah satu drama yang masih diingati ramai mengenai lakonan mereka berjudul, Starwberi & Karipap yang ditayangkan pada tahun 2013 dimana drama ini turut dibintangi oleh Nelydia Senrose dan Zizan Nin.
Ruang komen melalui klip video yang menunjukkan gelagat mereka bersama itu bagaimanapun mengundang pelbagai respon peminat mereka tinggalkan, disamping video terbabit meraih perhatian ramai dengan 70 ribu tanda suka turut diberikan.
“Dulu sama tinggi sekarang Rykal lagi…”
Tunggu dulu, anda pasti tidak ingin ketinggalan untuk baca kisah-kisah yang disediakan menarik ini di bawah seperti berikut:
Sumber:HCL