“Su4mi sentiasa sokong..” Heliza Helmi Syukur Su4mi Restu Berangk4t Pergi Ke

Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi bersyukur apabila mendapat restu suaminya, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman bagi menjayakan sebuah filem di Plestln pada Jun nanti.

Menurut laporan Harian Metro, suaminya juga akan turut serta sekiranya mempunyai untuk filem berjudul Road to Heaven itu yang akan menjalani penggambaran di sekitar G@z@ dan TeblngBarat.

“Suami sentiasa menyokong dan doakan saya. Selalunya dia memang ada dengan saya dan sewaktu perbincangan untuk filem ini diadakan, dia turut ada sama.

“Insya-Allah, saya akan ke sana pada Jun akan datang. Mana tahu, kalau ada rezeki dan kalau ada peluang, dia akan ikut ke sana juga. Tapi, kena tunggu dan lihat bagaimana perancangannya,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya mengenai perancangannya untuk menjalani penggambaran sekiranya dikurniakan rezeki cahaya mata dan hamil, Heliza masih tldak terfikir mengenai perkara itu.

“Bila soalan ini diajukan, barulah saya terfikir mengenainya. Buat masa sekarang, saya tak boleh nak jawab apa-apa lagi mengenai perkara itu kerana belum terfikir,” katanya.

Selain Heliza, filem Road to Heaven juga bakal membariskan beberapa pelakon lain antaranya adik Heliza sendiri yang juga penyanyi, Hazwani Helmi dan Josiah Lim.

Heliza dan Mahadi berkahwin pada 1 Januari lalu dan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Sumber : Hmetro

About admin

Check Also

[VIDEO]”Happy Birthd4y Dzakira Talita Zahra…” Ucapan Hari Lahir Bu4t Talita Buat Ramai Tersentuh

  Semalam merupakan hari ulang tahun anak kedua seorang pelawak, pelakon, pengacara, penyanyi dan penyampai …

Leave a Reply

Your email address will not be published.