“Dia bertudung casually” R4mai terkejut isteri Yonnyboi, dat4ng event free hair

Penyanyi Yonnyboi atau nama penuhnya Haqeem Nuriman, 23 tahun, dah pun bergelar suami kepada gadis pilihan hati, Nik Nazira, 22 tahun.

Melihat di laman media sosial, Nik Nazira dilihat sebagai seorang gadis cantik yang kelihatan amat ayu bertudung.

Namun baru-baru ini, isteri Yonnyboi ini telah dilihat tidak memakai tudung ketika hadiri satu majlis.

Ditanya kepada Yonnyboi tentang penampilan isterinya, Yonnyboi menyatakan Nik Nazira sebenarny amasih lagi dalam proses belajar untuk bertudung. Sebenarnya, ketika berkahwin, Nazira baru belajar pakai tudung selama setahun.

“Dia ni bertudung casually. Maksudnya, kalau keluar berjalan dengan saya, kadangkala dia nak melawa.”

“Memang sebelum ini dia tidak bertudung. Kalau dihitung, setakat ini baru setahun dia pakai tudung.

Jelas penyanyi ini, hal ini sudah pun dibincang bersama. Buat masa sekarang Nik Nazira tidak akan muatnaik gambar dirinya free hair di laman media sosial.

“Kami ada berbincang, terutama tentang cakap-cakap orang sekitar. Isteri saya beritahu, untuk letak gambar di laman media sosial, memang belum tiba masanya.”

“Kami suami isteri masih lagi muda. Kalau kat media sosial tu, memang nampak dia bertudung. Tapi kalau kat luar, ada masanya dia bertudung dan ada masanya tidak pakai.”

Yonnyboi juga tidak pernah memaksa isterinya itu untuk bertudung, apatah lagi dirinya pun minat berfesyen dan sering tukar warna rambut.

“Saya memang tak pernah cakap apa-apa pada dia untuk tukar penampilan atau apapun. Ini kerana, imej saya pun macam gini, saya okey.”

Yonnyboii dan Nik Nazira hadir ke event Joox Top Music Awards dan isteri Yonnyboi kelihatan sudah tidak lagi bertudung, tampil dengan imej free hair. Bagaimanapun, Nik Nazira tidak mahu gambar dirinya diambil sepanjang event berkenaan.

Sumber : FB

About admin

Check Also

Ziana Zain tak ber4ni tutup pintu hati, t4kut ada jodoh di masa hadapan

  EMPAT tahun bergelar ibu tunggal, Ziana Zain memberitahu dia tidak memikirkan soal jodoh sebaliknya …

Leave a Reply

Your email address will not be published.