‘Saya n4k jual semua harta, nak jadi or4ng biasa’ – Safiey nekad jual aset, mahu mulak4n sesuatu yang baru dalam hidup

Usahawan kosmetik, Mohd Saifuddin Illias atau Safiey Ilias, 26, dilaporkan mahu menjual kereta mewahnya Ford Mustang.

Safiey berkata, kereta yang dibelinya pada tahun 2016 mahu dijual dengan harga RM270,000 dan harga masih boleh dirunding. Terdahulu, Safiey juga menjual kediamannya yang terletak di Sunway Montana dengan harga RM2.1 juta.

“Memang sedih apabila nak jual Mustang saya ini. Tapi tak apa, mungkin ini ketentuan buat saya. Terima kasih Allah sudi pinjamkan rezeki memiliki Mustang ini pada saya,” katanya.

Menurut Safiey, dia mahu melepaskan semua hartanya dan menjadi orang biasa. Malah, dia mahu memulakan sesuatu yang baru menggunakan hasil jualan kereta itu kelak.

“Saya nak menjual semua aset dan harta yang ada. Saya nak menjadi orang biasa dan sederhana sahaja. Siapa yang membeli kereta ini, saya akan promosi Facebook dan Instagram dia. Pendek kata, saling membantu. Apa pun harga yang dinyatakan masih boleh dirunding.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Safiey Ilias (@safieyillias94)

“Terlalu banyak kenangan saya bersama semua aset yang ada. Pahit, manis dan jatuh bangun saya ada bersama semua benda ini. Walaupun perit dan sedih, tapi saya terpaksa.

“Kalau boleh tahun ini saya mahu memulakan sesuatu yang baru dan segar dalam hidup. Rezeki yang ada saya nak kongsi bersama,” katanya.

Sumber: Harian Metro, IG Safiey Ilias

About admin

Check Also

“An4k Kata Nak Balik Terus..”- Ayah Seb4k, Dedah Kata2 Akhir Arwh, Rupanya Dah Beri

  Rentetan insiden membabitkan lima sekawan pada awal pagi tadi, bapa kepada salah seorang pelajar …

Leave a Reply

Your email address will not be published.