“Kenap4 Perlu Bercinta L4gi.. “Syafiq Kyle Mula ‘B0san’ Dengan Mimi Lana

 

PELAKON Syafiq Kyle berkata dia mula bosan untuk digandingkan dengan aktres Mimi Lana sebagai pasangan kekasih dalam drama.

Menurut Syafiq, 27, sudah sampai masanya dia dan Mimi ‘menapis’ setiap tawaran yang diberikan sekiranya terdapat mana-mana produksi mahu mereka muncul dalam satu karya yang sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat teruja foto mesra Mimi Lana dengan Syafiq Kyle “Tak perlu tanya lebih-lebih, beritahu umum itu dah memadai”

ARTIKEL BERKAITAN: Mimi Lana Sangka Kerjaya Musnah Selepas Direman Akibat Dadah

Jelas Syafiq lagi, hubungan dia dan Mimi sebagai pasangan kekasih juga membuatkan dia lebih memilih.

“Jika diberi peluang untuk berganding dengan Mimi, saya memilih untuk membawa watak berbeza selain romantik.

Syafiq inginkan watak yang lebih mencabar sekiranya digandingkan bersama Mimi dalam sesebuah drama.

“Kami sudah bosan melakonkan adegan-adegan percintaan. Kami sedang bercinta, kenapa perlu bercinta lagi dalam set penggambaran?

“Hakikatnya kami boleh bagi lebih daripada watak pasangan bercinta… mungkin sebagai pasangan kembar tak seiras. Kami nak dalami lebih banyak watak lain walaupun berlakon bersama,” katanya kepada mStar.

Selain itu pelakon Bukan Cinta Aku ini menjelaskan bahawa dia dan Mimi ingin mencabar kemampuan diri masing-masing untuk membawa watak lain selain pasangan yang bercinta.

“Kalau drama untuk saya bercinta dengan pelakon wanita lain tiada masalah, sebab saya tak kenal.

Kalau gandingkan saya dengan Mimi, saya nak sesuatu yang lebih.

“Tapi kalau gandingkan saya dengan Mimi, saya nak sesuatu yang lebih,” katanya.

Dalam pada itu, Syafiq memberitahu dia belum mempunyai apa-apa perancangan dalam hubungan cinta dengan Mimi kerana mahu fokus dalam kerjaya.

“Kalau dia kahwin pada umur sekarang, saya tak nak matlamatnya jadi terbatas. Jadi biarlah kami pilih untuk fokus pada karier masing-masing dahulu,” katanya.

Sumber:mstar

About admin

Check Also

“An4k Kata Nak Balik Terus..”- Ayah Seb4k, Dedah Kata2 Akhir Arwh, Rupanya Dah Beri

  Rentetan insiden membabitkan lima sekawan pada awal pagi tadi, bapa kepada salah seorang pelajar …

Leave a Reply

Your email address will not be published.