“Mak ayah dah tak sayang aku, Takpe, biarlah aku pergi dari sini,” Ketika kecil dahulu sudah tentu ayat ini pernah terlintas di fikiran setiap kali dimarahi oleh ayah atau ibu. Sudah tentu perasaan memberontak ketika itu sehingga ingin pergi dan tidak balik kepangkuan keluarga lagi. Tetapi tidak sampai 24 jam hati sudah mula menyesal dengan keputusan tersebut.
@quinazreen Reply to @firdausyahaya1 ♬ original sound – quinnreen
Buat perangai merajuk dengan Tok Ayah tengah hari buta… Tiba-tiba pack baju, Melihat kepada perkongsian video seorang insan yang bergelar ibu ini, sudah tentu ramai yang teringat akan kisah lalu. Seorang budak lelaki yang cilik bernama Muhammad Ian dilihat nekad lari dari rumah kerana merajuk dengan atuknya. Dengan cuaca yang panas terik, dia cuba untuk berlari selaju yang mampu dan sempat menoleh kebelakang seolah-olah nekad meninggalkan kampung halamannya.
Bawa baju 4 helai, seluar takde… Dia kata berat susah nak lari, Namun tidak lama selepas itu, warga emas tersebut sabar menyusul cucunya di tepi jalan untuk dipujuk bawa balik. Mujur sahaja, budak bertuah itu mahu menaiki motorsikal sebelum ‘bertemu kembali’ dengan ibunya. Rupanya, Ian dikatakan sempat membawa 4 helai baju tanpa seluar ketika ‘menjalankan misi lari dari rumah’.
Acik dulu nak lari pikiaq banyak juga duit takda… Menangis sepanjang jalan, Terhibur dengan keadaan tersebut, ramaj netizen yang mula mengimbau kenangan lalu ketika zaman kanak-kanak di mana mereka juga pernah cuba melarikan diri dari rumah akibat terasa hati. Malah, ada juga golongan ibu bapa yang mengakui anak mereka melakukan perkara yang sama.

Sumber: Kisah Dunia