Sup kal4 jengking, ular menu kegemar4n di Guangdong

BEIJING: China terkenal dengan pelbagai makanan tradisional yang luar biasa sehingga haiwan eksotik seperti kala jengking dan ular yang dihidangkan di wilayah Guandong dianggap sajian paling pelik dan menakutkan di dunia, lapor Oddity Central.
Sebenarnya makanan berasaskan serangga telah menjadi sebahagian daripada masakan masyarakat China sejak sekian lama sebelum Barat menilai masakan ini mempunyai khasiatnya tersendiri.
Tetapi di utara China, kala jengking dicucuk lidi dan digoreng sangat popular di gerai tepi jalan manakala di bahagian selatan pula, serangga dianggap menu penting dalam masakan sup yang mengandungi ketulan daging ular dan ditambah dengan rempah ratus.
Walaupun, kala jengking beracun, masakan seperti ini dianggap mampu membuang toksin di dalam badan.
Malah, hidangan seperti ini perlu disediakan tukang masak berpengalaman yang tahu bagaimana untuk menyingkirkan racun supaya tidak membahayakan penggemarnya.
Satu yang anda perlu tahu, sup bukanlah digemari semua masyarakat di Guangdong dan ia dikatakan tidak sedap langsung.
Menurut perubatan tradisional China, sup ular dan kala jengking dapat membantu merawat penyakit seperti darah tinggi, sawan dan penyakit kulit.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.

About admin

Check Also

Selepas Dua Tahun Kem4tian Ashraf Sinclair, Ini Ke4daan BCL Sekarang

  Penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL) kini menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal selepas suami tercinta, …

Leave a Reply

Your email address will not be published.