Berjal4n Sampai Bongk0k, Suami Abby Abadi J4tuh Sakit, Ini Keadaan Terkini Beliau.

Suami kepada pelakon Abby Abadi, Faizal Zakaria ditahan di hospital selepas mengalami sakit belakang.

Berita itu dimaklumkan Faizal atau lebih mesra dengan panggilan Jai menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.

Menurut Jai, kesakitan itu menyebabkan dia tidak boleh berdiri dan terpaksa berjalan bongkok.

“Terima kasih sayang @abbyabadi_official sebab hantar dan temankan, sentiasa ada susah dan senang

“Moga Allah permudahkan segala urusan dan kembalikan kesihatan ini.

“Tengah buat kerja tiba-tiba sakit bahagian kiri badan dan sebelah belakang… Nak berdiri pun tak dapat, sakit sangat-sangat.

“Terpaksa jalan bongkok… Memandu dari Sg Buloh sampai rumah, walau sakit tahan je. Tak tahu kenapa,” coretnya.

Sementara itu, Abby memaklumkan suaminya itu sebelum ini juga sering kali mengalami kesakitan di bahagian dalam perut dan juga belakang.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jai Ezzany (@jaiezzany)

“Pukul 5 PM pergi hospital, begitu begini. Puku 7 PM dapat tahu kena tahan ward. Memang dah prepare, siap beg segala… Sebab dah tahu “sakit” ni tak boleh dibiarkan dah. Kalau tidak, melarat.

“Sebenarnya berulang-ulang dah suami sakit dalam perut, sakit belakang… Tapi bila berurut, makan ubat… Ada sekali tu ambil injecti0n, baik sekejap.. Abaikan, lalai.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Abby Abadi (@abbyabadi_official)

Pergi klinik, atas nasihat Dr mengikut pengalaman beliau, tidak boleh ya lalai lagi. Kena scan untuk tahu punca dan kalau perlu, operation terus.

“Sekali lagi, mohon ye doa kalian. Doakan yang baik-baik, agar yang baik juga datang pada kita semua,” maklum Abby di akaun Instagramnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page message

Sumber:IG Jai Ezzany

About admin

Check Also

Ber4ng Pelajar Tidur, Guru Dirak4m Pukul, Seret Dan Tolak Pelajar Ke Lantai

  Seorang pelajar di sebuah sekolah di China dilaporkan telah dipukul oleh seorang guru selepas dia dipercayai …

Leave a Reply

Your email address will not be published.