Kecoh Gegaran Gempa Bvmi Berlaku Sebent4r Tadi, Rupanya Ini Yang Terjadi Di Negara Jiran

 

PETALING JAYA: Gegaran gempa bumi yang berlaku di Utara Sumatra Indonesia pada pukul 9.39 pagi ini turut dirasakan di bahagian barat Semenanjung Malaysia terutama  di Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Keadaan itu turut menyebabkan orang ramai yang berada dalam bangungan di beberapa kawasan termasuk di Putrajaya bergegas keluar ke kawasan lapang.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan, kejadian gempa bumi di Indonesia itu tidak menimbulkan ancaman tsunami kepada Malaysia.

“Kejadian berlaku pada jarak 76 kilometer (km) Barat Laut dari Payakumbuh, Indonesia dan kedalamannya sebanyak 10 km.

“Namun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. Gegaran dirasai di bahagian Barat Semenanjung terutama di Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor,” katanya

Penduduk yang tinggal di sekitar negeri Barat Semenanjung  mula berasa cemas ekoran gegaran yang dirasai pagi tadi.

Antara negeri yang terlibat adalah seperti Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati, rata-rata orang ramai turut memuat naik hantaran di Facebook dan Twitter menceritakan pengalaman mereka berdepan situasi mendebarkan itu.

“Rasa gegaran sekitar 5 saat, saya tinggal di kawasan Klang dan turut merasainya,” ciap Hazirah.

“Tengah baring atas katil, terus terkejut tiba-tiba rasa bergegar dalam 30 saat lebih kurang, moga semuanya selamat. Orang Shah Alam hati-hati,” kata Hamdan Alias.

“Saya berada di Bukit Juru pagi tadi, memang jelas rasa gegaran hampir lima minit,” kongsi Iszuddin Idris.

Terbaharu, satu gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Richter telah berlaku di Utara Sumatra, Indonesia pada pukul 9.39 pagi tadi.

Perkara itu telah disahkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

“Ia berlaku pada 0.2 darjah utara dan 100.0 darjah timur dengan kedalaman 10 kilometer (km).

“Selain itu, jarak pusat gegaran adalah pada 76km Barat Laut dari Payakumbuh, Indonesia,” katanya di sini hari ini

Dua gempa bumi gegar Sumatera Barat

SUMATERA: Sejumlah wilayah Sumatera Barat digegarkan dengan dua insiden gempa bumi kuat.

Berdasarkan maklumat dari Badan Meteorologi, Iklim dan Geofizik Indonesia (BMKG), gempa pertama berlaku pada kekuatan 5.0 skala Richter pada pukul 8.35 pagi waktu tempatan.

Gempa kedua pula berlaku empat minit kemudian iaitu pukul 8.39 pagi dengan kekuatan 6.2 Richter.

Gempa kedua itu direkodkan berlaku pada kedalaman 10 kilometer dan 17 kilometer ke timur laut Pesaman Barat.

Gempa pertama berpusat 18 kilometer ke timur laut kawasan yang sama.

Di Kota Padang, gegaran dirasakan pada tahap tiga dan empat, menyaksikan penduduk panik dan lati bertempiaran untuk menyelamatkan diri.

Setakat ini, belum ada laporan lanjut mengenai kerosakan infrastruktur mahupun kecederaan dalam kalangan masyarakat.

Sumber: utusan

About admin

Check Also

“Bersongkok Tapi P4kai Singlet?”-PU SYED Beri Tazkirah ‘Free’ Pad4 Aliff Syukri

Pencetus Ummah (PU) dan pendakwah bebas, PU Syed Bakri tampil memberikan sedikit ‘tazkirah’ kepada usahawan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.